Tarikh : 11 Ramadhan 1431H/ 20 Ogos 2010
Masa : 7.00-8.30 pm
Homeroom : 2 Gemilang
Harga : rm18/head
Ruang makan makin cantik, sudah ada LCD TV
Menu yang ringkas, lauknya kari ayam, daging masak hitam, gulai ikan aya, sayur 2 jenis, ulam 2 jenis sahaja..langsung tak membuka selera.Buah-buahan cuma tembikai merah & tembikai susu yang kehabisan, kuih cuma ketayap dan sejinis agar-agar. Kebanyakan pengunjung tak menambah, saban tahun bilangan menu makin berkurangan dan rasanya juga begitu..mungkin sesuai dengan bayaran rm18 untuk berbuka di hotel ni. Opps lupa, cuma sambal belacannya yang sedap !!Rojak yang nampak sedap tapi tasteless, kebanyakannya yang ambil (dengan tamak , haha) meninggalkan begitu sahaja tanpa dimakan..
Fatin, balik raya di Triang,Pahang & Maria ,budak silat & olahragawati
Syazia anak Bandar Penawar
Nur Sabrina budak genius & anak Kak Zuraidah ( Zuraidah Zahid FB), Zahidah anak JB
Air yang disediakan adalah air bandung ais, air cincau & air kopi/teh. Cendol & air batu campur cam dulu2 dah tak ada
Abdullah Alaudin anak Pak Rahmat,mak dia ni pakar kek (kek coklat hari tu rasanya sungguh menakjubkan). Boleh order kalau tinggal kat JB
Azri, budak Pekan (happy birthday hari ni, baru terima berita nenek masuk spital akibat jatuh. Kak long dia baru kawin. Sebelahnya Arena Syafika yang unik )
Akhirnya separa licin gak setelah cuba menghabiskannya..
Ingat nak lepak-lepak cam dulu tapi air-cond seperti sudah ditutup.
Selepas tu solat Maghrib yang disediakan dalam satu bilik dekat dengan kaunter. Di situ lepak-lepak bersembang sama diorang sambil menunggu van jam 8.30 malam.
Tahun depan panjang umur cadang nak ke tempat lain yang lebih berbaloi, (kalau makan kat restoren mamak, rm18 tu memang lebih dari cukup, malangnya kat Mersing tak ada kedai mamak yang bertaraf cafe & kebanyakannya kebersihan tak diutamakan)
No comments:
Post a Comment