Dengan Khadijah baginda mempunyai 4 org anak perempuan, yang paling disayanginya ialah Fatimah.Pada usia 18 tahun, Fatimah dikahwinkan dengan anak saudara kesayangannya yang benama Ali b Abi Talib.pada majlis itu saidatina fatimah memakai baju pengantin yang diperbuat daripada bulu dan pada baju itu ada 12 tempat yang ditampal dengan jahitan.
Seperti adat org2 Arab,sejak dahulu hingga hari ini pada hari perkahwinan mereka,kedua mempelai itu berpindah ke rumah baru mereka sendiri.
pada hari perkahwinan Fatimah,Nabi Muhammad saw mengajak 4 org sahabatnya Abu Bakar,Umar,Uthman dan Usamah ,membantu mengangkat barang2 keperluan kedua pengantin itu dari rumah Nabi Muhammad saw ke rumah baru mereka.
Barang2 yang dibekalkan kepada kedua mempelai oleh Nabi Muhammad saw ialah batu penggiling,lesung penumbuk gandum,sehelai kulit yang sudah disamak,sebiji bantal,sebuah jug air dan sebiji pinggan.
Apabila Abu bakar nampak,betapa sedikitnya barang bekal pengantin baru yang mampu diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada anak perempuannya itu, basahlah kedua matanya..
" Inikah sahaja bekal perkahwinan Fatimah?" katanya."ini lebih dari cukup bagi orang yang masih hidup dunia,"Kata Rasulullah saw.
Ulasan :Lihatlah sahabat2 betapa zuhudnya kehidupan Rasulullah saw dgn keluarganya.Saidatina fatimah seorang wanita penghulu syurga hanya ada baju bulu bertampal untuk perkahwinannya di dunia ini..sedangkan kita kalau nak kahwin baju tak cukup satu ada yang sampai 7-8 pasang dipakai dalam sehari!! (yang bertampal tu cuma layak jadi kain buruk je.. )malulah kita pada mereka.. itu tidak termasuk hantaran dan mas kahwin lagi.. Agak2 ada lagi tak pengantin begini di zaman ini?
No comments:
Post a Comment