Sayu rasa hati membaca entri Cikgu Rahman yang menyentuh mengenai akhir hidup kita. Semoga kita sama-sama sentiasa berdoa agar mendapat penghujung yang baik. Ada suatu pengalaman yang saya ingin kongsi bersama bersabit kematian iaitu mengenai tempat mengurus jenazah. Perkara ini mungkin jarang kita hayati kerana berada dalam masyarakat Islam yang majoriti. Namun bagaimana agaknya mereka yang tinggal di negara asing?
Taipei Grand Mosque
Sewaktu berada di sebuah universiti di Taiwan saya sempat berkunjung ke sebuah masjid di Taipei - Taipei Grand Mosque. Kesempatan menemui masjid bila berada di negara bukan Islam memang suatu yang mengujakan (betul ke bahasa ni?). Barulah kita menyedari nikmat sebuah masjid. Di masjid itu saya sempat meninjau fasiliti yang ada dan di antaranya termasuklah sebuah bilik mengurus jenazah. Melihat bilik tersebut timbul rasa insaf mengenai tertegaknya syiar Islam di negara asing seperti Taiwan. Timbul juga rasa kagum kepada para Imam dan petugas di masjid tersebut yang mengurus fardhu kifayah yang amat besar maknanya kepada masyarakat Islam setempat.
Ruang mandi jenazah Masjid Taipei
Ruang menyimpan peti jenazah
Ruang wuduk .. amat bersih jagaannya .. siap ada pewangi pada setiap paip
Ada dua buah masjid di Taipei, sebuah lagi ialah Taipei Cultural Mosque atau dikenali juga sebagai Masjid Kecil Taipei.
Bacalah berita-berita mengenai syiar Islam di negara-negara lain untuk kita lebih menginsafi nikmat Allah. Sebagai contoh, berita mengenai suasana tarawih di Seoul Korea boleh di baca di sini.
1 comment:
Salam..
Mati rupa-rupanya ada macam-macam cara dan berbeza-beza cara penyempurnaan badan kita yg perlu dibiodegradasi oleh makhluk bumi ini.
Pengalaman yg paling menginsafkan saya adalah mengusung jenazah ayahanda ke dalam liang lahad pada tahun 2003. Sewaktu membuka ikatan di muka beliau dan mengiringkannya mengadap tanah terasa bahawa amalan diri sendiri (yg selalu dibanggakan) amat tidak mencukupi. Rupa-rupanya matlamat akhir kehidupan dunia yg dikejar dan dibanggakan ini adalah kematian. Selama 6 bulan saya tak dapat melelapkan mata akibat'kerisauan' yg amat sangat kerana terlalu memikirkan kehidupan slps mati.Benarlah bahawa sebaik-baik peringatan adalah tazkiratulmaut..
Post a Comment