Pedang Katana
Pedang Katana adalah pedang yang terbaik di dunia dan di akui oleh semua pengkaji pengkaji sejarah katana dan samurai.
Sebilah katana mengambil masa setengah tahun untuk dihasilkan dan semua proses di lakukan dengan tangan tanpa bantuan alatan moden. prosesnya masih sama semenjak 1000 tahun dahulu.
Katana adalah pedang panjang Jepun walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.
Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek.
Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai
. Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.
Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa).
Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).
Sejarah pedang Jepun
Pedang adalah penting dalam kebanyakan kebudayaan feudal, dan Jepun tidak berkecuali. Pada abad ke enam BCE, maharaha Jepun Jimmu Tenno yang terkemuka menakluk sebahagian besar Cina. Pada masa yang sama, Jepun mengambil idea mengenai pedang dari Cina. Pedang awal hanyalah salinan dari pedang Cina, lurus dan bermata dua, tetapi perperangan yang berlarutan pada tempoh Asuka menggalakkan kemajuan dalam bidang persenjataan.
Rekod pertama penghasilan pedang melengkung, bermata satu 'stail Jepun' (berbeza dengan 'Stail Cina') adalah sekitar 900 CE, tetapi ia telah digunakan lama sebelum itu.
Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh pandai besi bernama 'Amakuni' pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi. Pada masa yang sama istilah samurai telah mula digunakan.
Pada abad ke dua puluh, perang saudara meletus selepas tempoh kemerosotan yang lama. Selama lima dekad, Jepun mempunyai zaman kegelapannya sendiri, dipenuhi dengan perperangan dashyat yang berterusan. Perang Onin (1467-1477) mengrevolusi senjata dan perisai Jepun, ke tahap yang sehinggakan ia dianggap lebih berkualiti berbanding yang dibuat masa kini.
Semasa zaman Muromachi, perperangan berdarah adalah kebiasaan, tetapi shogun yang memerintah indolent shogunates masih menghargai seni dan kebudayaan, dengan itu pulau Jepun tidak merosot menjadi liar. Malah pedang dari pertengahan zaman ini dianggap kemuncak seni pembuatan pedang. Bagaimanapun, dengan perubahan masa, kesenian tersebut merosot dengan tekanan pengaruh senjataapi, yang menjadikan pedang sebagai senjata lapuk.
Pembuatan pedang terus merosot pada awal tempoh Edo, kerana perang jarang berlaku; bagaimanapun, seni berkembang pesat, mendorong kepada ukiran dan hiasan senjata yang cantik. Kemudiannya, di bawah polisi pengasingan isolationism Tokugawa Shogunate, senjataapi dan ubat bedil sematin terkawal dan tidak diperdagangkan. Pada pertengahan abad ke lapan belas, kebanyakan pemuda Jepun tidak pernah melihat senjata api, apa lagi melihat senjataapi digunakan.
Jepun kekal sebegitu sehinggalah Komander Matthew Perry tiba pada 1853 dan Persidangan Kanagawa yang memaksa pembukaan Jepun pada dunia luar; yang tidak lama kemudian diikuti dengan permodenan pantas oleh pemulihan Meiji.
Pengistiharan Haitorei pada tahun 1876 hampir mengharamkan pedang dan senjata api, melumpuhkan golongan samurai. Bagaimanapun, kebangkitan terhadap pengistiharan ini dan pemerintahan tentera mengakibatkan meledaknya semangat kebangsaan dan sokongan terhadap maharaja yang sebelum ini hanyalah sekadar lambang.
Ketika Perang Dunia I, Jepun adalah setaraf dengan kuasa dunia dari segi ketenteraan. Bagaimanapun secara umu, ia juga menandakan berakhirnya zaman samurai kerana senjata api turut diperkenalkan kembali. Ia juga menandakan tempoh kemerosotan dalam kualiti penghasilan pedang, apabila katana secara beransur digantikan dengan gunto: pedang saber murah untuk pegawai tentera laut.
Di bawah pendudukan Amerika Syarikat pada akhir Perang Dunia II golongan samurai dibubarkan sama sekali dan pedang diharamkan . Hanya pedang yang merupakan khazanah seni, yang tidak boleh dikeluarkan dari muzium atau kuil dibenarkan.
Disebabkan oleh perlucutan senjata ini, pada 1958 terdapat lebih banyak pedang Jepun di Amerika Syarikat berbanding yang kekal terdapat di Jepun: Tentera Amerika yang kembali dari Orient dengan timbunan pedang, sebanyak yang mungkin. Sebahagian besar daripada lebih 100,000 pedang adalah dari jenis gunto, tetapi terdapat juga sebilangan daripadanya dari jenis shin-shinto.
Ini melambangkan cabaran terakhir pada kuasa samurai pada abad terkini. Bagaimanapun, penghasilan pedang berterusan kembali, walaupun ini disebabkan oleh keperluan budaya dan bukannya disebabkan oleh peperangan.
Pedang Katana
Semua pedang Jepun dihasilkan menurut kaedah ini dan mempunyai bentuk yang agak sekata. Apa yang membezakan pedang yang berlainan adalah panjangnya. Pedang Jepun diukur dalam unit "Shaku". Satu shaku sekitar 12" atau 30 cm.
Bilah yang lebih panjang dari 2 shaku dianggap 'daito', atau pedang panjang. Pedang 'katana' termasuk dalam kelas ini. Bagaimanapun, istilah 'katana' sering disalah gunakan: sesuatu pedang hanya dianggap katana sekiranya ia dikenakan dengan mata keatas melalui ikat pinggang (biasanya diiringi dengan wakazashi atau tanto). Jika ia digantung dengan ikatan dari pinggang, ia dikenali sebagai 'tachi'. Mata bilah yang luar biasa panjang, dipakai menyendeng dibelakang, dikenali sebagai ōdachi atau nodachi. 'ōdachi' juga digunakan seerti dengan katana.
Penghasilan Pedang Katana
Pedang Jepun dan senjata bermata yang lain sering dihasilkan melalui kaedah rumit memanaskan, melipat, dan mengetuk logam berulang kali. Kaedah ini berasal dari penggunaan logam tidak tulen, akibat suhu rendah yang terhasil pada kaedah peleburan logam pada masa itu di situ. Untuk mengatasi masalah tersebut, dan untuk menyeragamkan homogenize kandungan karbon pada bilah (memberikan sesetengah bilah ciri-ciri pola berlipat), kaedah melipat dimajukan dan didapati agak berkesan, walaupun memakan tenaga manusia yang banyak.
Berbeza dengan kepercayaan popular, kaedah ini tidak menghasilkan bilah yang mempunyai kekuatan tambahan. Proses melipat mata bilah berulang kali bertujuan menulenkan logam.
Lengkungan jelas pada katana sebahagiannya disebabkan oleh proses perbezaan celupan ( quenching ). Belakang pedang disalut dengan tanah liat, mengasingkannya dan dengan itu menyebabkan ia sejuk lebih perlahan berbanding mata apabila mata bilah direndam. Kaedah ini menghasilkan mata bilah dengan tepi yang keras dan belakang yang sejuk, membenarkannya menjadi kenyal dan pada masa yang sama masih mengekalkan mata tajam untuk memotong yang elok.
Proses ini juga menjadikan mata bilah mengucup kurang berbanding bahagian belakang apabila sejuk, satu keadaan yang membantu pandai besi menentukan lengkungan sesuatu bilah. Sebagaimana mata bilah yang melengkung lain (contohnya. saber, scimitar, dan machete), lengkungan ini menjadikan bilah tersebut sebagai senjata memotong yang lebih berkesan dengan menumpukan kesan hentaman pada sebahagian kecil kawasan; bagaimanapun, ia mengurangkan keberkesanannya sebagai senjata tikaman.
Komposisi
Besi Jepun tradisional dianggap sebagai bahan terbaik untuk menghasilkan pedang. Komposisi sepenuhnya berbeza antara pandai besi dengan pandai besi dan satu penghantaran bijih dengan yang lain.
formula :
komposisi: 0.04% molybdenum
0.05% tungsten
0.02% titanium
1.54% tembaga
0.11% manganese
0.1% to 3% karbon
jumlah silika berbeza
dan beberapa bekas (sediki) bahan lain
Besi adalah bakinya (membentuk sebahagian besar besi waja).
Peratusan besar karbon memberikan bilah kekuatan, sementara silikon meningkatkan kelenturan mata bilah termasuk keupayaannya menangani ketegangan. Katana direka untuk memotong daging, oleh itu komposisi ini tidak selalunya mencukupi untuk menembusi perisai
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
1 comment:
Hi,
I don't speak Malay but I could understand the concept of the article. Do you think I can find and buy such swords here in Malaysia? Also, do you know any trainers?
Thanks, Sam
Post a Comment