Hadis mengenai kelebihan tarawih sering ditemui sebagai satu galakan menjelang Ramadan. Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit respons apabila membaca entri mengenai hadis ini (seperti mana komen yang saya tulis dalam entri tersebut). Berdasarkan pembacaan saya di beberapa sumber ternyata bahawa hadis yang menyebut mengenai kelebihan tarawih pada malam sekian-sekian itu adalah hadis palsu. Berikut saya sertakan beberapa sumber perbincangan yang boleh sama-sama kita rujuk mengenai perkara ini.
Pertamanya, Mufti Terengganu pernah menulis sebuah artikel panjang mengenai kepalsuan hadis kelebihan tarawih berkenaan. Beliau menulis artikel tersebut sebagai jawapan kerana kerap mendapati hadis tersebut disebarkan. Artikel Mufti Terengganu berkenaan boleh di baca di link berikut - imamrsc.com. Peringatan oleh Mufti Terengganu ini nyata memberi dampak besar dalam menangani isu berkenaan. Ini dapat dilihat kerana artikel tersebut berikutnya telah diterbitkan juga oleh banyak pihak lain termasuk Jakim, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan tentunya oleh Pejabat Mufti Terengganu sendiri.
Satu lagi peringatan mengenai isu yang sama pernah disuarakan oleh Mufti Kerajaan Melaka. Secara spesifik beliau menyebut bahawa "hadis yang menceritakan tentang kelebihan mengerjakan solat tarawih pada setiap malam yang kadang kala dibacakan sebelum memulakan solat tersebut atau disebarkan dengan tujuan untuk menggalakan orang ramai beramal adalah hadis maudhu' (palsu). Oleh itu ia tidak boleh dihebahkan kerana merupakan suatu pendustaan terhadap Rasulullah SAW. Beliau menyampaikan pesanan di atas dalam satu tazkirah mengenai Ramadan di sebuah masjid di Melaka. Petikan tazkiran tersebut boleh didapati dalam fail pdf di link berikut ~ al-azim.com.
Satu lagi sumber yang berkaitan hal ini dapat ditemui dalam satu ruang soal-jawab kendalian Bahagian Hal Ehwal Islam - iaitu nama lama bagi Jakim. Seorang peserta forum bertanya mengenai status hadis yang sama dan telah diberi jawapan bahawa hadis tersebut bukan hadis sohih malah ada pendapat mengatakan ia bukan hadis.
Wallahu'allam.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
2 comments:
Ada juga mendengarnya tuan..tapi bila baca kelebihan sekian-sekian malam jadi seronok juga bila nak start tarawih..semacam menu makanan yg berbeza2 dalam moreh pulak.. Tapi memanglah Allah swt beri ganjaran pahala yg amat besar juga..kalau dpt lakukan di masjidil Haram lagilah byk hingga ribu2 kali ganda (kita bila mendengar bonus satu bulan pun dah seronok !!)
Tentang keinginan dalam hati utuk beribadah hasil dari janji nikmat Allah di akhirat saya teringat tentang fadhilat surah Ar-Rahman yg dikatakan boleh membawa rezeki kekayaan. JIka dibaca makna surah Ar-Rahman maka tak jumpa pun formula ekonomi kekayaan, yang ada adalah kisah nikmat-nikmat yg hebat di syurga..Jadi saya percaya bahawa untuk sesorang itu menjadi kaya dia hendaklah ada 'imaginasi' yang di'percayai'dalam mindanya agar dapat mengarahkan 'subconcious mind' melaksanakan kehendak tersebut di alam ini melalui satu mekanisme yg belum diketahui manusia tetapi berkesan..ataupun sekurang-kurangnya rangsangan nikmat tersebut agar menyegar atau mengaktifkan satu bahgian dalam otak kita agar bersemangat dan bersungguh-sungguh mencari rezeki..
Post a Comment