Teori Big Bang - Ujikaji Dibantah
Minta Big Bang dibatalkan
GAMBAR ini menunjukkan mesin yang Large Hadron Collider yang
digunakan untuk menguji teori Big Bang.
LONDON - Sekumpulan saintis memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di Eropah untuk menghentikan satu eksperimen bersejarah bagi merungkai rahsia teori Big Bang kerana bimbang boleh menyebabkan Bumi musnah, lapor sebuah akhbar semalam.
Eksperimen menelan belanja sebanyak £4.4 bilion (RM27 bilion) itu bertujuan untuk merungkai misteri kejadian alam semester.
Bagaimanapun, para saintis bimbang, selain memperoleh maklumat penting berhubung kewujudan kehidupan, uji kaji paling besar dalam sejarah dunia itu mungkin menjadi punca hari kiamat.
Dalam eksperimen tersebut, beberapa saintis membina satu mesin yang dikenali sebagai Large Hadron Collider dan uji kaji itu akan bermula dalam tempoh sembilan hari lagi.
Namun, beberapa saintis bimbang mesin yang dibina di bawah tanah di sempadan Perancis dan Switzerland itu akan mewujudkan satu lubang hitam yang akan menelan bumi.
Mesin itu akan menghentam partikel-partikel sub-atom pada kelajuan cahaya bagi mewujudkan situasi yang berlaku tidak lama selepas kewujudan alam semester.
Seorang pakar Jerman, Profesor Rossler berkata, Pertubuhan Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear mengaku bahawa projek itu akan mewujudkan lubang hitam.
Wakil kumpulan saintis yang mencabar uji kaji itu, Otto Rossler berkata, mesin itu akan mewujudkan beberapa lubang hitam kecil tetapi dalam tempoh empat tahun ia akan mengembang sehingga menelan bumi. - Agensi
Ulasan :
Saya pernah terbitkan artikel mengenai eksperimen ini dalam blog ini. Kumpulan saintis dari beberapa negara maju ini dinamakan C.E.R.N. Internet, HAARP dan lain-lainnya dimulakan oleh CERN. Dikatakan pembinaan 'collider' ini adalah 'breakthrough' kepada penemuan sains melebihi semua ciptaan sains di mukabumi jika berjaya. Saya tak nak mengulas lanjut kerana ianya dikatakan ada dinyatakan dalam Al-Quran dan berkaitan dengan peristiwa akhir zaman..Wallahua'lam..
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing
2 comments:
Saya selalu menggunakan eksperimen CERN sebagai satu bahan kuliah dalam salah satu subjek iaitu ukur industri. Apa kaitan CERN dengan subjek ukur ialah dalam organisasi mereka ada sekumpulan juruukur bekerja memastikan alignment yang betul dalam pemasangan particle accellerator yang mereka bina.
Tugas itu melibatkan teknologi tinggi dalam bidang geomatik.
Namun pengetahuan saya mengenai kajian big-bang itu sendiri amat sedikit. Sekadar membacanya dari buku teks dan artikel yang ada di internet.
Begitu..semestinya teknologi yang diapplikasi adalah canggih dan terkedepan. Saya hanya mendapat maklumat dari individu dan beberapa blog yg mendapati ada kajian-kajian CERN selari dengan 'future events'untuk berlaku peristiwa besar akhir zaman. Cuma maklumat rasmi dari laporan CERN taklah diperolehi.Mereka mengesyakki sahaja dan semacam ada kaitan. Saya tak mampu nak menerangkan dengan lebih terperinci cuma cuba berusaha membuat link antara kajian mereka dengan 'future events' yg diramal dan dah berlaku setakat ini (dari aspek politik tanah air dan dunia).Ada yang juga cuba membuktikan kajian HAARP pula adalah seperti 'menyuntik' atmosfera bumi dengan 'dos' elektromagnet yg berlebihan yang menyebabkan punca bencana alam yang dahsyat di bahagian terbabit (Umpama yang berlaku di permukaan matahari).Kajian HAARP yang dikatakan kajian biasa sahaja oleh US telah dibentangkan dalam Duma (parlimen Russia) mengenai potensi sebagai senjata cuaca (teknologi dajjal dalam kitab-kitab).Kajian hedron collider untuk kajian Big Bang ini dikatakan bukan sahaja untuk ilmu sahaja tetapi hendak digunakan untuk membuka 'tirai besi' dimensi ke 4 yang dikaitkan dengan makhluk berkeupayaan 'shape shifter' yang semuanya dikaitkan dengan dajjal serta pertubuhan Illuminati (termasuk IFC). Nak dimasukkan artikel tersebut di sini nanti dianggap berkhayal, terlalu obses atau berlawanan dengan arus perdana semasa pula.
Post a Comment