Pengasas kasut Bata meninggal dunia
Thomas G.Bata, bergambar di salah sebuah gedung kasut Bata di Prague.
- AP
TORONTO 2 Sept. - Thomas Bata, anak kelahiran Czechoslovakia yang mengangkat nama keluarganya dalam industri kasut dari tahun 1940-1980-an sehingga menjadikan Bata jenama yang begitu terkenal di dunia, meninggal dunia hari ini, dalam usia 93 tahun.
Badan Penyiaran Kanada (CBC) melaporkan Bata pengusaha dan pemilik persendirian syarikat itu datang ke Kanada bagi meneruskan perniagaan kasut milik keluarganya pada tahun 1940.
Sepuluh tahun kemudian ibu pejabat syarikat itu berpindah ke Toronto di bawah kepimpinan Bata apabila kilang kasut milik keluarganya di Czech diambil alih oleh pihak komunis.
Syarikat itu dikembalikan semula kepada keluarga Bata apabila berakhirnya era pemerintahan komunis di Czech pada tahun 1989.
Thomas G.Bata yang merupakan cucu kepada pengasas syarikat ini kemudiannya menjadi Pengerusi syarikat pada tahun 2001.
Dalam Siri CBC pada tahun 2001 disebutkan mengenai syarikat Bata telah menjual hampir 14 bilion kasut, iaitu satu jumlah yang melebihi sepasang kaki manusia yang berjalan di muka bumi ini.
Kini di Toronto terdapat Muzium Kasut Bata, yang mempunyai koleksi lebih daripada 10,000 kasut.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
memang popular kasut bata ni...kalau kasut sekolah tu yang tapaknya warna hijau... dulu masa sekolah
rendah... boleh dikatakan semua murid pakai kasut bata.. murah, comfy ...banyak pilihan
gak.. ada pakai tali, ada pakai velcro.. ada yang utk budak perempuan.. - tapi bila di 90an
dah ada sparx... lama2 kasut bata sekolah pun dilupakan.. tetapi... sekarang ni -
kedai 'bata' macam kat ampang point tu tak carry lagi kasut sekolah jenama 'bata'
cuma kasut/sandal bata aje... dah lain dah sekarang.. - apa2 pun tu la rupanya orang
yang mengasasnya... ramai mak2 ayah yang terima kasih kat thomas bata ni sebab pasal
dia ramai budak2 gi sekolah dengan kasut dia ni -
takziah atas kematian -

No comments:
Post a Comment