TRAGEDI...jenazah keempat-empat mangsa terbaring kaku di atas jalan. |
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19 dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21, yang berlumba disaksikan kira-kira 50 penonton dari kampung berkenaan dan kampung berhampiran, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang laju Mohd Fikri tiba-tiba meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan Abdul Muhaimin, juga menunggang motosikal jenis sama yang ketika itu berlumba sesama sendiri hilang kawalan, bertembung dengan dua motosikal Yamaha 125Z ditunggang Mohamad Amirul Afiq dan Raja Ahmad Muzzammil.
Mayat Mohamad Amirul dari Kampung Kubang Pak Amin, di sini, Raja Ahmad Muzzammil (Kampung Kubang Panjang), Mohd Fikri (Kampung Banggol Setol) dan Abdul Muhaimin (Kampung Kubang Panjang) di bawa ke Hospital Pasir Mas (HPM), di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing kira-kira jam 10.05 malam kelmarin.
Jenazah semua mangsa dikebumikan di kampung masing-masing pagi semalam.
Saksi kejadian yang juga rakan akrab Mohd Fikri, Mohd Khairul Zaman Alias, 15, berkata, sebelum kemalangan suasana di litar berkenaan riuh rendah bagaikan pesta apabila kira-kira 50 penonton, kebanyakannya remaja bersorak melihat empat remaja berkenaan berlumba. -HM-
No comments:
Post a Comment