Oleh Hibatullah Yusuf Al-Haj (FB)
PENDAHULUAN
Makluman: Peribahasa Melayu ada menyebut: "Pukul anak sindir menantu". Nota kali ini berbentuk sedemikian. Ada kalanya lebih baik berkias berbanding menyatakannya secara 'point-blank' kerana hal yang hendak dikatakan itu tidak hanya relevan untuk satu situasi atau pada satu-satu titik masa. Saya harap Nota ini dapat dibaca dengan hati yang terbuka. Ini bukan Nota politik, tapi Nota seorang Muslim kepada sahabat-sahabat seagama.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Saya tertarik pada sebuah rencana yang pernah diterbitkan oleh BBC NEWS, UK kerana rencana ini muncul pada 6 September, 2001 iaitu tidak sampai seminggu sebelum berlakunya fitnah Serangan WTC, New York pada 11 September. Rencana yang sudah berusia satu dekad ini mungkin boleh jadi bahan renungan yang boleh dikaitkan dengan apa yang terjadi di UK dan dunia Barat pada hari ini.
Hampir 1,000 Gereja telah ditinggalkan di Britain sejak 1970. Pada masa yang sama 1,400 Masjid baru telah dibina di negara itu. 240 Masjid sedang dalam pembinaan. Berita ini dimuatkan dalam majalah British Midweek, yang menyebut bahawa menjelang tahun 2002, kehadiran Muslim ke Masjid dijangka mengatasi kehadiran Kristian ke Gereja. Diberitakan bahawa jumlah kehadiran ke Masjid meningkat di Britain pada kadar 4,000 orang setahun.
Roger Sains Bury, Patriarch di Reading City, menyatakan bahawa ini berpunca dari tertariknya golongan muda dan golongan miskin kepada Islam kerana pendirian positif Islam terhadap kepelbagaian bangsa dan keadilan sosial. Dia merumuskan bahawa Gereka mesti belajar dari Islam (IINA) - www.islamicvoice.com
KRISTIAN 'HAMPIR DIKALAHKAN DI UK'
Kristian telah "hampir terhapus" sebagai sumber bimbingan moral dalam kehidupan manusia, menurut ketua Gereja Katolik di England dan Wales.
Ketua Biskop Westminster, Kardinal Cormac Murphy-O'Connor juga merasa kesal kerana orang ramai "acuh tak acuh" kepada nilai-nilai Kristian dan Gereja apabila dia berucap di Persidangan Kebangsaan Paderi di Leeds.
"Di negara kita di Britain hari ini, terutama di England dan Wales, bahawa agama Kristian, sebagai satu bentuk latar belakang kepada kehidupan orang ramai dan pembuatan keputusan moral - dan kepada kerajaan, sebagai kehidupan sosial negara - kini telah hampir dikalahkan," kata Ketua Biskop.
Beliau menambah bahawa muzik, budaya 'new age' dan amalan sihir (occult) seolah-olah menggantikan Kristus sebagai sesuatu yang anak-anak muda boleh percaya.
Masyarakat telah tidak bermoral, orang mencari kebahagiaan sementara dalam alkohol, dadah dan pornografi, sambung Kardinal Cormac Murphy-O'Connor.
Ketua Biskop Canterbury, Dr George Carey, berkata bahawa komen Kardinal Murphy-O'Connor adalah pandangan peribadi beliau sendiri.
Beliau berkata terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh gereja tetapi peluang juga adalah sama banyak.
Kenyataan itu berpunca daripada hakikat penurunan terus menerus kehadiran penganut Kristian ke gereja dan kekurangan paderi yang semakin ketara.
Kardinal Cormac Murphy-O'Connor, yang mengetuai 4.1 juta Katolik di England dan Wales, juga memberi amaran terhadap "sikap tidak peduli" dan "kecuaian" dalam kes-kes penderaan kanak-kanak.
"Kita mesti menyedari betapa mendalam dan teruknya kerosakan yang dilakukan kepada Gereja dan misinya dalam kes-kes ini," katanya.
Cardinal Cormac Murphy-O'Connor berkata paderi-paderi, terutamanya biskop, belum cukup sedar mengenai "bahaya" dan sifat "patologi" penderaan kanak-kanak, atau kes-kes tidak dikendalikan dengan memuaskan.
Tetapi beliau menambah: "Sekarang kita tahu lebih banyak lagi dan bersedia untuk belajar, bertindak dan memimpin jalan menjadikan Gereja Katolik tempat paling selamat untuk kanak-kanak."
MUSLIM BERTAMBAH DI MANA-MANA
Pada tahun 2007 kadar kesuburan di Perancis adalah 1.8, England 1.6, Greece 1.3, Jerman 1.3, Itali 1.2, Sepanyol 1.1. Merentasi seluruh Kesatuan 31 Negara Eropah kadar kesuburan hanyalah 1.38. Keluarga bukan Muslim sudah tidak subur dan penyelidikan mendapati bahawa penurunan kadar kesuburan ini tidak dapat dipulihkan lagi. Tapi penduduk Eropah tidak merosot. Mengapa? Jawabnya Imigrasi Muslim. Dari keseluruhan pertumbuhan penduduk di Eropah sejak 1990, 90% adalah imigrasi Muslim.
Di Perancis, purata ada 1.8 kanak-kanak dalam setiap keluarga, tapi dalam keluarga Muslim, purata ialah 8.1. Di selatan Perancis, yang dulunya merupakan kawasan paling banyak gereja dalam dunia, kini terdapat lebih banyak masjid berbanding gereja. 30% dari kanak-kanak berusia kurang 20 tahun adalah Muslim. Di bandaraya terbesar seperti Nice, Marseille dan Paris, jumlah telah meningkat kepada 45%. Menjelang 2027, satu dari lima rakyat Perancis adalah Muslim. Dalam masa 39 tahun, Perancis akan jadi negara Islam.
Sejak 30 tahun yang lalu penduduk Islam Great Britain meningkat dari 82,000 ke 2.5 juta. Peningkatan 30 kali ganda. Terdapat lebih 1000 masjid, kebanyakan adalah bekas gereja.
Di Belanda, 50% dari jumlah bayi yang lahir adalah Muslim. Dan dalam hanya lima belas tahun lagi, setengah daripada penduduk Belanda adalah Muslim.
Di Rusia, ada lebih 23 juta umat Islam, iaitu satu dalam lima rakyat Rusia. Dalam beberapa tahun saja lagi, 40% daripada keseluruhan tentera Rusia adalah Muslim.
Pada masa ini di Belgium 25% daripada penduduk dan 50% daripada semua bayi yang lahir adalah Islam. Kerajaan Belgium telah menyatakan (bahawa) satu pertiga daripada semua kanak-kanak Eropah akan dilahirkan oleh keluarga Islam pada tahun 2025.
Kerajaan Jerman, yang pertama kali bercakap tentang perkara ini secara umum, baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan: "Pola kejatuhan bilangan penduduk Jerman tidak lagi boleh dihentikan. Lingkaran ke bawah yang tidak lagi boleh balik. Ia akan menjadi Negara Islam pada tahun 2050. "
Muammar Gaddafi Libya berkata: "Terdapat tanda-tanda bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada Islam di Eropah tanpa pedang, tanpa senjata, tanpa penaklukan. Kita tidak perlu pengganas, kita tidak perlu pengebom berani mati. Lebih 50 juta umat Islam di Eropah akan mengubahnya menjadi sebuah benua Islam dalam masa beberapa dekad lagi."
Pada masa ini terdapat 52 juta umat Islam di Eropah. Kerajaan Jerman berkata jumlah itu dijangka berganda dalam tempoh dua puluh tahun akan datang menjadi 104 juta.
Sekarang, kadar kesuburan Kanada adalah 1.6, tidak sampai tahap yang diperlukan untuk mengekalkan budaya. Dan Islam kini agama paling pesat berkembang. Antara tahun 2001 dan 2006 penduduk Kanada telah meningkat sebanyak 1.6 juta. Dari jumlah itu, penghijrah ialah 1.2 juta.
Di Amerika Syarikat kadar kesuburan semasa rakyat Amerika adalah 1.6. Dengan kemasukan Latino, kadar meningkat kepada 2.11. Pada tahun 1970 terdapat 100 ribu umat Islam di Amerika. Hari ini terdapat lebih 9 juta orang.
Beberapa tahun lalu, satu mesyuarat daripada 24 organisasi Islam telah diadakan di Chicago. Transkrip mesyuarat menunjukkan secara terperinci rancangan untuk "mengIslamkan" Amerika melalui kewartawanan, politik, pendidikan dan lainnya. Mereka berkata: "Kita mesti mempersiapkan diri menghadapi realiti bahawa dalam tempoh 30 tahun lagi akan ada 50 juta umat Islam hidup di Amerika.
Gereja Katolik baru-baru ini dilaporkan bahawa Islam baru sahaja melepasi jumlah penganut mereka. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa jika Islam (mengekalkan) kadar semasa pertumbuhan ini, maka dalam tempoh lima hingga tujuh tahun ia akan menjadi agama dominan di dunia.
(Sumber: Data dan maklumat yang dikumpul oleh umat Kristian)
KESIMPULAN
Adakah Nota ini merupakan satu perang saraf? Terpulanglah kepada anggapan sesiapa yang membacanya. Saya hanya kemukakan statistik dan maklumat mengenai apa yang terjadi di dunia Barat. Mudah-mudahan ia boleh menjadi penyuntik semangat kepada kebangkitan kesedaran dan perpaduan umat Islam di sebelah Timur.
Di Timur, pada hemat saya, kerja-kerja dakwah yang fokus kepada pemurnian budi pekerti dan amal soleh serta penyatuan umat Islam patut dilipat-gandakan oleh badan-badan dakwah bebas serta individu-individu. Pada masa kini, semakin ramai cerdik-pandai lebih gemar membaca bahan-bahan mengenai Islam yang bebas dari sebarang pengaruh politik, sama ada ianya dari pihak kerajaan atau pembangkang. Oleh kerana itu, setiap individu atau badan dakwah Islam perlulah menyeru 'dalam satu bahasa' dan menyeru dengan berhemah. Elakkan dari hentam-menghentam sesama sendiri. Fokus kepada meningkatkan keimanan diri sendiri dan hidup bersatu-padu.
Elakkan dari terbawa-bawa dengan isu yang sengaja dibangkitkan oleh bukan Muslim atau yang (sebenarnya) anti-Islam, kerana hampir pasti isu yang dipanaskan itu hanyalah bertujuan untuk memecah-belahkan umat Islam, agar bermusuhan dan saling membenci hatta sanggup berbunuhan, sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negara lain. Secara zahirnya mereka (yang bangkitkan isu pecah-belah) itu nampak terpelajar dan profesional, tapi tidak mustahil mereka adalah kuncu-kuncu Zionis, yang sememangnya beroperasi dari belakang tabir. Fahamilah perenggan ini sedalam-dalamnya.
Maka perhatikanlah apakah saudara-saudara kita di Barat telah lakukan, dan bagaimana mereka melakukannya. Di sana, fokus mereka ialah meramaikan bilangan Muslim yang berkualiti dan bersatu-padu. Bandingkan dengan apa yang kita lakukan di sini, selalu mahu berpecah-belah. Amat merugikan. Apakah kita mahu berkiblat ke Barat (tamadun jahiliyah) sedangkan Barat sudah mula berkiblatkan Islam?
Ada kalanya kita kurang sabar, lalu mengambil musuh sebagai kawan dan menjadikan kawan sebagai musuh. Jangan merosakkan tapi masih menganggap diri sebagai pejuang. Betulkan niat kerana Allah. Mudah-mudahan kita selamat.
Semoga direnung-renungkan.
_________________________________
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Susunan Hibatullah Yusof Al-Haj
No comments:
Post a Comment