Time line : 19986- 1997
Hujan ribut petang ini mencetus imbauan zaman remaja dan hujung remaja PHD. Cari punya cari terjumpa foto-foto dan dokumen lama..Jadi saja nak share-share
Jamuan akhir homeroom Damai 82' sebelum SPM 1986 di MRSM Balik Pulau
Ada di antara yang sudah meninggal dunia. PHD yg berdiri paling tinggi. Zaman baju kotak-kotak
Selepas dapat degree, mencuba karier sebagai RA ( Research Assintence). Bercita-cita menyambung pelajaran lebih tinggi tetapi terasa kebosanan yang amat tinggi juga. Pulang ke kampung memohon menjadi guru sandaran GSTT di SMA Al-Wosto. Sangat nostalgik kerana sekolah ini asalnya madrasah tempat belajar emak PHD. Beliau hanya bersampan (kadang-kadang berseorangan di Sungai Pahang untuk sampai ke sini). Almarhum Tuan guru Hj. Hasanuddin (moyang saudara) merupakan pengasas madrasah yang sangat terkenal di Pahang. Beliau ialah anak cucu Tok Shihabuddin ( Tok Sanggang) yang popular tu.
Kenangan sarapan bersama arwah ayah (juga seorang guru) di rumah dengan hidangan nasi lemak home made emak dan seterusnya menunggang motosikal membelah pagi berkabus melalui jalan-jalan kampung pesisir Sungai Pahang merupakan kenangan yang sukar dilupakan..
( Lesen mengajar di SMA Al-Wosto)
Seterusnya pada hujung 1993 menjadi guru tetap di MRSM Kuala Terengganu. Menjadi warden asrama dan pertemuan setiap malam di bilik LDP selepas lights off tidak dapat dilupakan. Kami akan berbincang apa sahaja isu dan selalunya diakhiri dengan makan-makan (rojak ayam the best). LDP selalu datang ke rumah warden PHD untuk memasak dan menonton tv.
Masa di KT juga PHD jadi guru penasihat renang. kami biasa berenang 1-2 kali seminggu di kolam renang MPKT di Batu Buruk. Selepas kolam renang maktab siap (betul-betul di sebelah rumah warden PHD), saya pernah 'memaksa' semua pelajar lelaki mandi-manda di kolam tersebut selama 2 kali (petang) . Selepas itu tiada lagi pelajar yang diam-diam panjat dinding kolam setiap malam.
Ini foto PHd bersama geng2 LDP. Saya akan menyewa 'seekor' Perodua Kancil ( di hadapan MRSM terdapat beberapa agen sewa kereta) dan lokasi utama ialah di Pantai Merang (lbh kurang 20km dari maktab). Kami akan berjalan-jalan, berlumba lari, main lompat jauh dan main game air..seronok..Kemudian kami akan ramai-ramai menunggu matahari terbenam. Memang keindahan semula jadi Pantai Merang sangat unik & mengasyikkan. Sekarang khabarnya kawasan ini sudah dimajukan dan tiada lagi pokok ru memenuhi pantai
Lagun tempat bot ke Pulau Perhentian..Duduk-duduk, bersembang sambil gelak-gelak (juga diisi dengan nasihat)
Ini foto sekitar tahun 1997 ketika di MRSM Terendak. Nahar yang sedang berdiri ini seumpama adik dan abang kepada PHD
Zaman muda-muda PHD telah berlalu dan tak teringin nak mengulangi lagi. Zaman emas akan tiba tak lama lagi jika panjang umur..InsyaAllah
Ohh yaa..Ex-MRSM BP 82' akan meyambut 25 tahun tak lama lagi !
Akhir kata : Jom layan permainan hidup ini
No comments:
Post a Comment