Orang-orang Melayu walaupun apa mazhab politiknya menganggap bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini adalah sebagai suci & karamah. Mereka percaya bahawa mereka adalah bangsa pilihan sejak ratusan tahun yang lalu. Apa tidaknya,bumi yang dipanggil Semenanjung Emas ini tidak pernah digoncang dengan gempa atau dsapu oleh puting beliung seperti mana-mana negara jirannya iaitu Indonesia,Filipina, Thailand dll
Orang Melayu juga percaya dengan mitos yang disampaikan secara lisan atau ditulis oleh pujangga-pujangga Melayu bahawa mereka berasal dari Yunnan iaitu susur galur Kethurah(Kasturi) iaitu isteri ke-3 (?) Nabi Ibrahim as dalam misi keluarga baginda memerintah dunia
Pemerintah yang dipanggil Raja-raja Melayu juga dikatakan dari keturunan yang mulia iaitu susur-galur Iskandar Yang Agung dan juga dari kisah Bukit Saguntang.
Dikatakan ketibaan para pendakwah Islam dari Keturunan Ahlul Bait yang misinya diketuai oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubro yang berpusat di Bukit Panau, Kelantan (Dikatakan Hang Tuah berguru dgn adik beliau Syeikh Muhammad Samman@Adiputra) mendapati sudah ada sistem pemerintahan beraja yang sistematik. Ada kalangan sejarawan mengatakan bahawa agama Hindu-Buddism menjadi anutan utama tetapi sebahgiannya sekarang (berdasarkan bukti-bukti terbaru) mengatakan mereka mengamalkan Syariat Nabi Ibrahim as.
Misi dakwah Sayyid Hussein berjaya mengIslamkan Raja-raja Melayu Nusantara ( Tanah Melayu & Indonesia) sehingga wujudnya Empayar Melayu-Islam Melaka, Empayar Demak yang popular dengan Wali-wali Songo (yang jumlahnya lebih dari 9) dan lain-lainnya menjadi kuasa terkuat Asia Tenggara
Hasilnya, wujud 3 golongan elit yang menjadi idola umat Melayu sehingga kini iaitu Raja-raja Melayu yang dikatakan mempunyai daulat (karamah) yang dikaitkan dengan warna emas, para Ulama tradisional yang dikatakan mewarisi ilmu-ilmu para ulama dahulu yang ramai dikatakan bertaraf waliyullah yang dikaitan dengan warna putih serta golongan paahlawan Melayu yang berani lagi mistik (seperti Hang Tuah & Mat Kilau) yang dikaitkan dengan warna merah..Cuba check bendera malaysia & juga lambang Pekida ( 3 line warna)
Kesimpulan awalnya di sini ialah di dalam minda umat Melayu, Islam atau Melayu tidak dapat dipisahkan. Islam itu (jadi?) Melayu dan Melayu itu sudah semestinya Islam
Pada masa dahulu, umat Melayu dijaga & dipelihara kepentingannya oleh Institusi Raja-raja Melayu yang didokong oleh pahlawan-pahlawan Melayu & para ulama'. Ada ketikanya seorang Raja Melayu (Sultan) itu sendiri seorang ulama' dan pahlawan yang terkenal & hebat.
Selepas Malayan Union, masyarakat Melayu percaya parti UMNO yang diketuai oleh Onn Jaafar adalah sekelompok pemimpin atau organisasi yang mampu serta benar-benar menjaga & memelihara umat Melayu. Malah semua Raja-raja Melayu dan ramai ulama' percaya kepada UMNO.
Maka wujudlah barisan kepimpinan Melayu yang terdiri dari anak pembesar-pembesar Melayu yang berpendidikan sekolah Inggeris dan pejuang-pejuang Melayu yang berpendidikan sekolah Melayu menerajui UMNO.
Pada ketika itu UMNO dianggap menyelamat Melayu iaitu hak & institusinya. Inggeris walaupun merasa kepahitan atas peristiwa Malayan Union menganggap parti tersebut adalah pilihan lebih baik berbanding golongan kiri pro Islam yang dipengaruhi oleh fahaman Jamaluddin Al-Afghani yang dibawa oleh Syeikh Hadi(Kaum Muda)
Oleh itu, UMNO lebih diterima di hati umat Melayu sebagai pewaris pemerintahan Empayar Melayu dan kaum Muda lebih dianggap Golongan Kiri (bertentangan dengan arus massa)
Setelah Perang Dunia ke-2 , Empayar British menjadi lemah dan berura-ura memberi Kemerdekaan kepada wilayah jajahan mereka. Sudah pastinya pilihan utama parti yang akan mereka rundingkan ialah UMNO kerana mereka mendapat sokongan majoriti umat Melayu. Mereka juga menganggap golongan kiri tadi lebih mewarisi sisa empayar Othmaniyyah yang menjadi musuh berzaman ( era Perang Salib). Mereka sangat fobia & gerun dengan karakter seperti Saladin (Salahuddin Al-Ayubbi) yang mungkin 'dilahirkan' oleh kumpulan tadi
Walaupun umat Melayu amat sayang dengan institusi ulama tetapi mereka lebih percaya (dan terbukti) bahawa parti yang mempunyai hubungan rapat dengan British lebih mampu memerintah. Mereka tidak mahu lagi menderita seperti semasa pemerintahan Jepun dan Komunis
Golongan kiri tadi, yang diketuai oleh PAS percaya bahawa kemerdekaan sepenuhnya dari penjajah British untuk mewujudkan kuasa Nusantara Islam baru (seperti Empayar Melaka atau Empayar Majapahit) perlu diwujudkan untuk menguasai Asia Tenggara yang sangat strategik ini. Presiden Sukarno (Indonesia..nota: Indonesia merdeka lebih awal) dan Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy (PAS) memperjuangkan Melayu raya atau Indonesia raya. Tetapi umat Melayu sukar menerima gagasan tersebut kerana hubungan serumpun hampir terkubur akibat Dasar Pecah & Perintah penjajah British & Belanda.
Akhirnya Tanah Melayu diberi kemerdekaan secara rundingan dengan pemimpin UMNO yang diketuai Almarhum Tunku Abdul Rahman. Umat Melayu mendapat Hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan & bangsa Cina mendapat Jus Soli (iaitu hak kewarnegaraan) yang masing-masing harapkan.
Begitulah pengorbanan umat Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO dan mereka berharap agar UMNO terus melaksanakan amanah tersebut. UMNO adalah parti yang sangat bijak kerana berjaya menubuhkan parti komponen yang kuat iaitu BN (nama baru, dulu namanya..emm tak ingat la) dan yang terhebat berjaya mewujudkan Malaysia iaitu sebuah negara baru cantuman Sabah & Sarawak !!
Penubuhan Malaysia telah 'menguburkan' gagasan golongan kiri iaitu mewujudkan negara Melayu Raya sebagai sebagai pewaris Empayar lama islam nusantara. Umat Melayu rata-rata menganggap ianya suatu fantasi. Lebih-lebih lagi pengalaman pentadbiran dan latar belakang mereka bukan dari bahgaian pentadbiran & pengurusan. Parti seperti Pas dianggap ekstrimis Islam dan umat Melayu sangat fobia seperti mana PKM (Parti Komunis Malaya). Sukarno yang bercita-cita tinggi telah melakukan provokasi dengan memberi amaran dan menghantar sekumpulan tentera untuk menakutkan negara baru ini. Akhirnya usaha beliau gagal, malah beliau dikaitkan dengan pembunuhan sekumpulan Jeneral Indonesia oleh PKI (Parti Komunis Indonesia). Beliau akhirnya digulingkan dan tinggallah Pas bersendirian dengan cita-citanya
....Penat & mengantuk la menulis part sejarah ni..nanti sambung ke part yang lebih 'realiti time'
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment