Lokasi :
Pantai Tanjung Genting
Waktu perniagaan :
Petang ( sehingga jam 7.15 malam)
Menu popular pilihan:
1. Roti Arab
2. Keropok Goreng
3. Nasi lemak
4. Minuman panas
Nota :
Kedai roti Arab ni sudah lama dibuka iaitu sebelum jalan baru Tanjung-Air Papan dibina. Selepas waktu ofis jam 5 petang berduyun-duyun pengunjung sanggup datang dari jauh untuk menikmati roti arab ni.
Bagaimana ke sini ?
Dari bandar Mersing ambil jalan pantai menuju Tanjung ( jalan jeti LKIM ). Teruskan perjalanan dalam 5 km melepasi galeri keropok, Restoran Brother Joe, Restoran Green House, SMK Mersing ( Tenglu) . Berdekatan dengan kedai roti arab ni ialah Suara's Chalet dan La Bella yang popular tu
Roti arab di sini begitu istimewa kerana dihidang panas-panas, sangat lembut dan rasanya kurang masam . Ringkasnya sungguh enak & segar
Kari ayam sebagai pencicah roti sungguh 'kaw' . PHD sebagi seorang peminat kari mamak terpaksa 'mengakui' bahawa resipi kari di sini setanding dengan kari mamak.
Disebabkan ruangan dalam kedai dipenuhi pengunjung, kami memilih meja di luar untuk menikmati pemandangan yang lebih menarik.Kelihatan di sebelah kanan ialah Pulau Tikus. Juga sayup-sayup Pulau Tioman di tengah laut. Langit begitu cerah dan hampir semua pulau di perairan Mersing jelas kelihatan
Gerai yang begitu 'simple'..
Dua hari sebelumnya PHD membuat kunjungan pertama ke sini . Petang itu hujan turun sangat lebat dan angin dari laut bertiup kencang. Sungguh nyaman menjamah roti arab yg panas-panas sambil tubuh dipukul angin kencang dari laut serta tempias hujan yang meyegarkan !
Pengunjung semakin berkurangan apabila hari semakin gelap
Terdapat deretan chalet yang moden dan selesa berhadapan dengan kedai.Pengunjung dari jauh boleh saja bermalam di sini kerana jaraknya yang tidak begitu jauh dengan premis-premis makanan popular di tepi pantai.
Hari sudah gelap kerana jam sudah menujukkan pukul 7.00 malam.
Kami beredar dari kedai roti arab untuk ke bandar Mersing membeli keperluan harian
Jika berkunjung ke Mersing amatlah rugi jika tidak mencuba menu roti arab di sini sambil menikmati pemandangan indah pantai dan pulau-pulau yang berhampiran !
Jomlah mencuba !..
6 comments:
salam dik..nak tanya lah...
kebiasaan nya jarak dan masa dari kluang ke mersing berapa KM..??ada selain pengankutan bus,keretapi ada ker??
Salam Bro mka..jarak lbhkurang 95km..keretapi tak ada ..melalui jalan yg merentasi ladang sawit daan hutan...yg penting selepas kg lukut akan melalui suatu simpang 3 di kawasan hutan..Ambil kiri melalui Felda Nitar..jika ambil jalan jemaluang sgt sunyi dan agak berisiko tinggi
terima kasih..kiranya ikut jalan nitar tu lebih baik dari jemaluang??
Sama-sama..betul..Ikut jalan nitar itu pilihan terbaik dan kalau boleh janganlah melalui jalan jemaluang yg mgundang risiko yg amat tinggi
Sama-sama..betul..Ikut jalan nitar itu pilihan terbaik dan kalau boleh janganlah melalui jalan jemaluang yg mgundang risiko yg amat tinggi
laa...kat sini ke..puas akak cari,selalu c x jumpa..kdg2 nampak macam tutup..tringin nak makan...biasa gi ari Ahad..bukak ke tutup?
Post a Comment