10 November 2012
Sabtu
R&R Mersing
Nota :
Suatu masa dulu R&R Mersing merupakan lokasi yang paling popular dikunjungi di Mersing. R&R ini tidak sama dengan R&R lebuh raya kerana berfungsi untuk menjadi lokasi rehat untuk para pelancong atau penduduk yang akan menaiki feri ke pulau-pulau di perairan Mersing.
Pada suatu masa dulu R&R ini juga terletaknya stesen bas ekspres yang menghubungkan Mersing dengan bandar-bandar lain di seluruh semenanjung. Ditambah pula ada sebuah taman permainan kanak-kanak dan laluan pejalan kaki pantai yang menjadi pilihan popular penduduk Mersing setiap pagi dan petang.
Kini setelah berpindahnya stesen bas ekspres dan tiada lagi taman tersebut kerana dijadikan parkir kereta tertutup untuk menyimpan kereta pelancong-pelancong ke pulau maka R & R Mersing menjadi sepi kecuali pada hujung minggu
Kuala Mersing yang begitu indah pada waktu pagi..Kelihatan Pulau Setindan. Seandainya projek Mersing Laguna diteruskan, kawasan laut yang akan ditambak sehingga berhampiran pulau tersebut melibatkan kawasan tebus-guna seluas beberapa ribu hektar
Dulu kawasan parkir ini adalah taman permainan kanak-kanak dan dataran medan makan pada waktu malam
Laluan pejalan kaki ini menganjur lebih satu kilometer sehingga ke hujung taman pantai bandar berhampiran Hotel Sri Malaysia. Kelihatan pulau-pulau di perairan Mersing
Kelihatan ramai pengunjung menikmati sarapan pagi
Sambil menunggu sarapan yang dipesan PHD memandang kiosk-kiosk pelancongan ke pulau-pulau yang terdapat di luar bangunan utama
PHD menghabiskan roti canai di R & R ini setelah berasa puas mengimbau kenangan lama di sini
No comments:
Post a Comment