Sekarang ini pelbagai cara kedua-dua pihak; part pemerintah (BN) dan pembangkang utama iaitu (PR) untuk 'Swing' mood pengundi bagi membuat keputusana terakhir parti mana atau calon mana yg menjadi pilihan hati. Tapi buat mereka yang mendaftar sebagai pemilih sahaja.Kepada mereka yang tak daftar, PHD ucapkan BOOOOOO..Aparaaa !!Tanggungjawab sebagai warganegara memilih pemimpin pun tak dilaksanakan..Jumlah yang tak mendaftar ni berjuta-juta terutama umat Melayu yang belum sedar-sedar atau mungkin akan terus tak sedarkan diri..gurau jerr, jangan mare ..Kebenaran memang pahit kannn..
Kempen pilihanraya Malaysia ni unik tak seperti di US negara yang mengamal demokrasi 100% iaitu setiap kali pilihanraya parti yang memerintah apabila sahaja dibubarkan parlimen tiada kuasa lagi terhadap jabatan kerajaan atau media. Di sana setiap calon akan di 'telanjangi' semua hal peribadi, latar belakang pendidikan,ekonomi, rekod disiplin besar atau kecil ( walaupun kesalahan semasa tadika atau kesalahan anak-anak isteri), cara hidup, wang dalam bank dan yang penting rekod dalam karier,kerja-kerja kebajikan, penglibatan di dalam NGO, ucapan-ucapan pendek kata 'tiada rahsia' lagi. Malah mereka akan dipaksa berdebat dengan calon-calon lain tentang semua dasar atau polisi yang dikempenkan. Mungkin sudah menjadi budaya demokrasi di sana,setiap calon secara 'gentleman' menyampaikannya dengan berani serta penuh informatif . Biasanya terdapat siri-siri debat untuk polisi yang berbeza. Contohnya : polisi cukai, polisi kesihatan, polisi keselamatan dalam negeri, polisi luar negara, polisi ekonomi, polisi ketenteraan dan macam-macam lagi. Setiap pengundi akhirnya akan mendapat 'clear picture' tentang siapakah calon yang mereka rasa terbaik untuk diundi (dipangkah le)
Di Negara kita, demokrasi yang diamalkan adalah terpimpin. Kita akan lihat bermacam-macam perbezaan kalau nak dibandingkan plihanraya demokrasi asal yang diamalkan di negara-negara Barat. Pihak pemerintah negara (dari BN) berpendapat jika diamalkan demokrasi Barat di negara ini maka akan tercetus huru-hara, penyalahgunaan media, komunis akan mengambil peluang, tercetus ketegangan kaum dan lain-lain..(Hmmm..timbul dalam fikiran ini; adakah pendidikanyang ada belum cukup membina minda rakyat? Ataupun adakah anasir yang menghasut perpecahan rakyat seperti komunis atau semasa 13 Mei 1969 masih wujud?..).
Dalam pilihan raya demokrasi terpimpin ini juga jentera kerajaan dan media utama (tv & radio) biasanya akan digunakan sepenuhnya oleh pihak parti yang memerintah untuk berkempen bagi pihak mereka. Mungkin mereka ada rasional tersendiri yang kurang difahami logiknya di kalangan pembangkang hingga mungkin tercetus demostrasi Bersih yang bakal 'memanaskan' suasana pilihanraya ini...Tapi apa-apun tak perlulah kita melenting atau cuba provokasi. Kita sebagai pengundi cubalah sebaik-baiknya membuat pilihan bukan sahaja demi kepentingan agama, bangsa dan negara dalam 5 tahun tetapi untuk masa depan 10,15 hingga 20 tahun akan datang iaitu anak-cucu cicit kita nanti (kalau tak kiamat la..Cik Kiah kannnn)
Banyak cabaran yang perlu ditangani oleh bakal pemimpin iaitu :
1. Pergantungan kepada sumber petroleum yang semakin meningkat untuk mendapatkan bajet negara walhal sumber tersebut khabarnya makin pupus
2. Kawalan kenaikan harga dan perkhidmatan yang secara kesan berantainya ialah kos kehidupan yang sangat tinggi yang tak sepadan dengan peningkatan pendapatan (cuba bandingkan kenaikan kos kereta dan rumah berbanding kenaikan gaji dalam 20 tahun yang lalu untuk mendapat indeks ekonomi yang mudah)
3. Kos pengeluaran yang efektif terhadap sumber eksport utama seperti sawit dan getah agar harganya setanding dengan kos yang lebih murah seperti Indonesia
4. Menjadikan negara kita sebagai hub ekonomi, hub makanan halal dunia, hub pelancongan & rekreasi rantau Asia Tenggara danlain-lainnya
5. Penyediaan peluang pekerjaan untuk graduan-graduan dari pelbagai IPT & IPTS
6. Menukarkan industri negara kepada industri berteknologi tinggi
7. Membebaskan negara dari kebergantungan kepada teknologi luar
8. Menyeimbangkan penguasaan ekonomi kepada semua kaum di Semenanjung serta Sabah & Sarawak
9. Menangani masalah jenayah, kerosakan akhlak, mewujudkan minda kelas I dan pendatang tanpa izin
10. Memartabatkan lagi Institusi Islam & Raja-raja Melayu iaitu mengekalkan hak Melayu/Bumiputera dan menghormati serta memperbaiki hak kaum lain
11. Meningkatkan ketelusan dan mengatasi ketirisan wang negara
12. Mewujudkan integriti antara kaum untuk menwujudkan semangat 1Malaysia
13. Memantapkan NGO sebagai 'check & balance' pentadbiran negara
14. Menyedia dan memantapkan kurikulum pendidikan negara agar memenuhi keperluan negara serta kompetitif di peringkat antarabangsa namun mengekalkan ciri-ciri kewarnegaraan rakyat
.......BANYAK LAGI yang nak disenaraikan yang perlu kita sebagai PENGUNDI YG BIJAK LAGI BERTANGGUNJAWAB fikirkan masak-masak sebelum 'memangkah' . Buat pilihan yang rasional & bukan emosional serta tidak dprovokasi oleh mana-mana pihak.
Tangan yang memangkah itu akan disoal di akhirat, jangan sampai bangsa kita nanti melarat spt Red Indian, Kurdistan atau negara kita jadi mundur seperti Somalia..Diorang pun tak mau jd camtu cuma silapnya diorang tak menggunakan kebijaksanaan untuk memilih pemerintah yang baik
Okey..sudah-sudah la merapu..Inikan Part 1
Di bawah ini adalah analisis yang dipetik dari Forum Cari apa yang bakal berlaku pada PRU nanti..he3
Ini kesan jika 'mood swing' ke arah BN atau PR mengikut %
Ini parlimen yang dimenangi oleh BN dengan margin kelebihan undi yang kecil
Ini kubu kuat BN iaitu kawasan parlimen yang dimenangi dengan majoriti kukuh
Ini parlimen yang dimenangi oleh PR dengan margin kelebihan undi yang kecil
Ini kubu kuat PR iaitu kawasan parlimen yang dimenangi dengan majoriti kukuh
Mungkin ada parti atau individu (yang bakal jadi calon) sudah berangan-rangan untuk merampas atau mengekalkan penguasaan mereka. Pastinya masing-masing sudah mengatur strategi. Buat kawasan parlimen yang menang dengan margin undi yang kecil mungkin ada yang sukar untuk tidur atau panas punggung !!
Kalau kita lihat 'SWING/HAYUNAN' yang BESAR mungkin melibatkan PENGEKALAN atau PERUBAHAN UNDI KAUM
Mengikut analisis PHD (yang tak blajo politik ni la)
Pengundi MELAYU :
Lebihkurang 50-50 atau 60-40 (%) (ada yang nak beralih cita rasa dan ada yang masih kekal mantap atau ragu-ragu untuk menukarkan pilihan..bergantung kpd 'ketaksuban' mereka..sorry..kasar sikit perkataan tu'
Pengundi CINA :
Inilah KUASA PENENTU sejak 2-3 PRU yang lepas. Jika mereka 'SWING' secara besar-besaran alamat kawasan parlimen yang dimenangi dengan margin undi yang kecil sama ada BN atau PR akan akan jadi 'terbalik' keputusannya. Itu sebab kalau kita lihat strategi BN atau PR adalah cuba memenuhi atau memenangi isu-isu yang pengundi Cina harapkan. Mereka juga begitu berhati-hati
Pengundi INDIA :
Secara keseluruhannya masih kekal berpihak kepada BN
Pengundi Sarawak :
Rata-rata masih mengekalkan penguasaan parti komponen BN terutama kawasan majoriti bumiputera Sarawak tetapi kawasan majoriti pengundi Cina mungkin lbh berpihak kepada DAP seperti pilihanraya negeri Sawarak yang lepas
Pengundi Sabah :
Mereka adalah 'solid' mengundi BN kecuali pemimpin-pemimpin suku Kadazan (suku majoriti Sabah) tiba-tiba beralih kepada pembangkang seperti yang berlaku suatu masa dulu ramai-ramai masuk PBS (Parti pembangkang Sabah). Sebenarnya FAKTOR UNDI RAKYAT SABAH antara KUASA PENENTU perjalanan mana-mana parti untuk ke PUTRAJAYA
Penutup :
Kita sebagai kakitangan kerajaan tidak perlulah bergiat terlalu aktif menjelang pilihanraya nanti. Kumpulan A terutamanya ada peraturan tidak menyandang mana-mana jawatan penting dalam parti politik. Dapatkan info yang seimbang iaitu dari media utama (BN) dan dari internet (PR) untuk melakukan analisis. Kemudian hasilnya kita terjemahkan dalam bentuk undi. Janganlah time cuti mengundi kita bawa famili berkelah atau bercuti di Genting Highlands pulak !
Akhir kalam..mereka yang tak daftar undi tapi tak melaksanakannya boleh 'menebus dosa' korang dengan memanjat tiang untuk memasang poster atau lain-lain tugas yang seumpama..maaf zahir & batin !!
No comments:
Post a Comment