PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM 2014
Pengambilan Tingkatan 1 :
Iklan di surat khabar perdana : 03 & 04 Nov. 2013
Permohonan Kemasukan (secara online) ke MRSM : 14 – 27 Nov. 2013
bagi Semenanjung , Sabah & Sarawak (Selepas keluar keputusan UPSR)
Ujian UKKM Ting. 1 & Temuduga : 31 Dis. 2013 – 04 Jan 2014
Pendaftaran pelajar baru Ting. 1 ke MRSM : 13 Jan. 2014
- Program IGCSE
- Program Ulul Albab
- Program Biasa
Pengambilan Tingkatan 4 :
Iklan di surat khabar perdana
- Semenanjung : 22 & 23 Sept. 2013
- Sabah & Sarawak : 22 & 23 Dis. 2013
Permohonan Kemasukan (secara online) ke MRSM
- Semenanjung : 29 Sept. – 18 Okt. 2013
- Sabah & Sarawak : 26 Dis. 2013 – 8 Jan. 2014
(Peperiksaan PMR) : 02 – 09 Okt. 2013
Ujian UKKM Ting. 4 : 25 – 29 Nov. 2013
Pendaftaran pelajar baru Ting. 4 ke MRSM : 03 Feb. 2014
Sumber FB
Nafsu bila
disembah umat
maka terbinalah
negara firaun
Kemegahan diri
menjadi buruan
Zuriat beragama
hilang kesucian
Hiburan melampau
menjadi tumpuan
Si Alim hilang pedoman
Si kaya membeli kemuliaan
Si miskin berangan-angan
Kebendaan mengisi fikiran
Tiadalah dicari akan kebenaran
Penguasa zalim diagung2kan
Tergadai masa tanpa amalan
Quran dan sunnah dipersendakan
Mitos sebagai umat pilihan
dijadikan alasan
Tibalah saat hukuman tuhan
Ladang dan ternakan hilang kesuburan
Emas dan minyak sudah kekeringan
Tiada terjual barang dagangan
Nikmat Allah yg mana kamu dustakan
Hakikat sebenar dalam fikiran
jalan iblis penuh kebatilan menjadi pilihan
Apakah kamu menyangka tuhan
Penguasa segala ciptaan
tiada perancangan ?
Kamu merencana kejahatan
sebaliknya Allah sebaik2 perencanaan
Tiadalah sebiji zarah atom terlepas
dalam pengawasan
Hari pengadilan kamu dihimpunkan
si penyembah nafsu hilang bantuan
si zalim tunduk penuh penyesalan
umat dikumpul kpd siapa menjadi ikutan
<Facebook 5 September 2013 >
 |
| Contoh poster kempen |
Hanya pandangan...
Kita perlu kempen :
1. Produk yg dikeluarkan umat Islam
2. Produk yg mematuhi peraturan Jakim
3. Produk yg selamat
4. Produk yg mesra pengguna dan alam sekitar
Inilah pendekatan ekonomi Islam. Tujuan akhirnya umat Islam dan
umat-umat lain akan nampak betapa indahnya dan benarnya Islam. Produk
Islam yg sejati ialah produk yg selamat, bersih, halal, berpatutan,
mesra pengguna iaitu mempunyai nilai-nilai universal yg boleh diterima
dan dicontohi semua. Ini adalah dakwah . Akhirnya semua kaum akan
mencontohi dan bekerjasama untuk membuat produk-produk yg memenuhi
piawaian di atas. Ekonomi Islam memberi kebaikan kepada semua kaum atau
agama di dalam sesebuah negara
Inilah cara Rasulllah saw lakukan di Madinah
Boikot ekonomi kaum lain tiada dalam Islam. Rasullah saw tak lakukan di
negara Islam Madinah. Semua perjanjian dan tindakan terhadap kaum lain
di Madinah berdasarkan "win-win situation" (dlm istilah moden)
Ikutlah Al Quran dan Sunnah Rasululah saw supaya usaha kita diberkati dan dipermudahkanNya.
Jika sukar menerima kenyataan di atas merujuklah kepada mereka yg pakar dalam Tamaddun Islam . InsyaAllah akan dapat pencerahan
Islam itu benar, saintifik, indah dan memberi kesejahteraan buat semua. Wallahua'lam
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing