Ini al-kisah sahaja..
Ada sebuah padang ragut semula jadi....Di situ tinggal satu populasi kambing dan satu populasi harimau yang hidup berjiran. Walaupun tinggal bersama-sama di sebuah padang ragut tetapi komuniti kambing sentiasa ketakutan. Apa tidaknya saban hari ada sahaja penduduk kambing yang akan menjadi mangsa kepada harimau-harimau yang amat garang, ganas dan kuat. Tak terlawan mereka dengan harimau yang mempunyai kuku yang tajam, gigi taring yang panjang serta tubuh yang kuat berlari. Sentiasalah kambing itu berusaha dan berdoa agar Tuhan menyelamatkan kaum mereka dari kepupusan. Setiap kali muncul seekor pemimpin pejuang kambing tetapi berakhir dengan kematian yang amat tragis..
Akhirnya doa mereka termakbul. Tuhan menganugerahkan seekor kambing muda yang pintar dan boleh berfikir di 'luar kotak'..satu hari kambing muda tersebut berjalan menuju ke perkampungan harimau-harimau yang amat ganas tersebut. Tatkala memasuki kampung kaum harimau tersebut maka kehairanan kaum harimau tersebut melihat gelagat kambing tersebut. Maka bertanyalah seekor harimau yang paling ganas kepada kambing "Sebelum kau menjadi juadah aku pada hari ini..aku ingin bertanya apakah kebodohanmu yang menjadikan dirimu sanggup datang menyerah batang tubuhmu untuk ku lapah ?"..Syahdan maka mendengar hujah sang harimau maka si kambing terus menangis teresak-esak.."Hahaha..sekarang baru kau sedar betapa bahlulnya kau wahai kambing'.."Aku ingin menamatkan riwayatmu sekarang !!"..Sebelum sempat sang harimau menerkam , sang kambing meneriak " Nanti..nanti.." Maka kehairananlah lagi sang harimau.."Kenapa?"..Jawab Sang kambing " Aku menangis bukan kerana aku takut menghadapi ajalku".."Aku cuma bersedih dan pilu mengenangkan siksaan dari Tuhan yang bakal menimpa kaummu di akhirat kelak".."kami kaum kambing yang terkorban di tangan mu akan dimuliakan oleh Tuhan dan kaummu akan mendapat siksa yang amat pedih di sana.." Maka teramat terkejut kaum kambing ..Lalu bertanya kepada sang kambing apakah bukti kenyataan beliau. Maka sang kambing berkata " Sesungguhnya aku diutuskan oleh Tuhanmu dan Tuhan kaumku untuk menyeru agar kembali ke jalan yang benar dan menginsafi atas kesalahan -kesalahan lampau yang telah kaummu lakukan demi menyelamatkan dari bencana akhirat..Maka timbullah keinsafan yang amat sangat di kalangan kaum kambing..Diangkatlah Sang Kambing menjadi Nabi bagi kaum harimau..Ditunjukkan oleh Sang Kambing jalan yang diredhai Tuhan iaitu sentiasa berlemah-lembut, bersabar dan sering membantu kaum yang lemah. dikhabarkan bahwa memakan daging akan menggelapkan hati dan memakan tumbuh-tumbuhan adalah suatu rahmat dari Tuhan. Maka gembiralah harimau dengan dunia keredhaan yang baru dan mereka amat yakin dan tenang mengenainya. Maka tiada lagi harimau yang menyerang kambing selama bertahun-tahunlamanya..Kuku dan taring mereka makin tumpul dek kerana mengunyah rumput dan lalang, dan badan mereka semakin lemah. Dalam hati mereka tersemat bahawa merendah hati dan tawadhuk merupakan kebajikan besar apabila menentang musuh.
Melihat keadaan tersebut kaum kambing bersiap-siap dengan segala latihan fizikal dan kuku-kuku mereka ditajamkan. Maka pada suatu hari tentera kambing menyerang kaum harimau. Kaum harimau amat lemah dan keliru dan akhirnya mereka dapat dihapuskan begitu sahaja oleh kaum kambing..
Ulasan
Cerita ni diadaptasi dari karangan Sir Iqbal pujangga Pakistan yang berjaya menaikkan semangat umat Islam yang amat lemah dan sering tertindas dalam Benua India. sajak-sajak dan karangan beliau telah menaikkan semanagt pejuang-pejuang kemerdekaan pakistan dari India.
Saya menulis semula dengan sedikit pengubahsuaian bermaksud menyedarkan bangsa Melayu Islam yang asalnya bangsa yang berani, gagah dan bermaruah (seperti kaum harimau) yang akhirnya 'dilemahkan' oleh 'golongan-golongan elit' (kambing ) yang sememangnya 'bodoh dan lemah' tetapi telah memperdayakan mereka dengan kata-kata yang hebat dan pelbagai slogan..
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment