"Ibnu Khaldun, tokoh terkemuka Islam pernah mengemukakan teori tiga generasi bagi fenomena sosial - Generasi Pertama, dengan semangat, ketegasan dan usaha membina satu asas sistem yang kukuh. Generasi Kedua, dengan asas-asas yang dibina, membawa kepada keagungan. Dan Generasi Ketiga, kerana kekurangan, menyemai bibit-bibit kehancuran."
"Ini tidak semestinya benar bagi semua keadaan, tetapi jika kita kurang berhati-hati, ianya tidak mustahil pula berlaku, malah boleh berlaku kepada kita, mungkin sebelum kita sampai kepada Generasi Kedua pun."
"Kita harus tekun membimbing negara kita ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan, dan sentiasa mengisi kemerdekaan kita dengan semangat, makna dan maruah, dengan usaha dan disiplin, supaya setiap generasi bangsa kita tidak akan mengalami kelemahan, atau membenarkan unsur-unsur yang tidak sihat, serta khayalan dan keghairahan menyerapi pemikiran dan cara hidup kita."
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment