Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia hanya dengan dzikrullah.
Seramai 3000 orang telah berkumpul dan berdzikir di masjid tersebut dan dengan kekuasan Allah kubah dari masjid lama "diangkat" dan "diletakkan" di atas menara masjid yang baru.
Berdasarkan cerita, orang-orang tersebut telah berpuasa selama 3 hari dan berqiyamullail selama 3 malam bermunajat kepada Allah sebelum mereka berdzikir dan "mengangkat" kubah tersebut. Ramai yang "histeria" melihatkan keajaiban & kebesaran Allah itu.
Berlaku pada tahun 2002 tetapi video/berita disiarkan pada tahun 2007 Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia hanya dengan dzikrullah.
Seramai 3000 orang telah berkumpul dan berdzikir di masjid tersebut dan dengan kekuasan Allah kubah dari masjid lama "diangkat" dan "diletakkan" di atas menara masjid yang baru.
Berdasarkan cerita, orang-orang tersebut telah berpuasa selama 3 hari dan berqiyamullail selama 3 malam bermunajat kepada Allah sebelum mereka berdzikir dan "mengangkat" kubah tersebut. Ramai yang "histeria" melihatkan keajaiban & kebesaran Allah itu.
Berlaku pada tahun 2002 tetapi video/berita disiarkan pada tahun 2007
NASI DAGING UTARA
2 months ago
3 comments:
Salam..
Pelik, kenapa masih ade lagi yg percaye kubah masjid tu terbang??
Cuba tgk video tu secara fast forward atau secara laju..dpt dilihat pergerakannya adalah secara mandatar dan sekata, dan jika benar ia terbang lebih logik ia terbang secara "projectile" dan lebih random; mungkin berputar2 diudara. Tali yg mengangakat kubah tu pon boleh nampak dgn jelas, terang dan nyata.
Satu lagi persoalan, kenape begitu ramai orang2 disekitar masjid tu?adakah mereka telah bersepakat untuk "mengangkat" kubah masjid tu beramai2?owh..nampaknya mereka semua begitu yakin utk "mengangkat" kubah masjid tu sebelum video ini dirakamkan. Dan tujuan mereka berkumpul ramai2 adalah HANYA utk "mengangkat" kubah masjid. di mana logiknya??
Fikirkan..
Far East, aku tak salahkan kau kalau kau pelik, kenapa masih ada orang percaya video ini.
Zaman sekarang, orang lebih percaya keajaiban pelik macam ni berbanding kebesaran Allah SWT yang sedia ada. (walau video ni dah diperbincangkan hangat akan kesahihannya)
Bulan matahari, hujan pelangi, kejadian tubuh manusia sendiri adalah keajaiban yang lebih besar dalam kehidupan manusia yang sepatutnya kita lebih kagumi dan insafi.
Ada sesetengah orang, akan bermati-matian memenangkan kesahihan video ini, daripada dia merenung sendiri bahawa dirinya sendiri adalah satu keajaiban dariNya.
Kasihan umat kita sekarang, sampai perlu datangnya video ini (walau terpaksa direka-reka cerita) untuk melihat kuasa Ilahi. Itupun, insaf yang sebentar cuma.
Aku sama macam kau Far East. Aku tak percaya video ini dari segi teknikal dan spiritualnya. Bukannya kita menyangkal kuasa Tuhan. Cuma biarlah kita melihat dengan mata kita sendiri di lokasi asal.
Kawan aku dari Indonesia pun mengaku, acara tarik kubah dengan tali perkara biasa dilakukan di Indonesia (certain kawasan). Memang jadi kebiasaan kalau nak alih kubah atau apa saja benda sukar membahayakan, mereka akan iringi dengan tahlil dan zikirullah. Mereka membuat masjid beramai-ramai.
Itulah hikmah tersirat yang patut kita nampak dari video ini. Dari kita fokus kepada kubah itu, kenapa tidak melihat semangat gotong royong membina masjid dengan zikrullah?
Masjid kita? Bermegah dengan beribu tiang, lebih banyak dari jemaah yang ada di perutnya. Aku lebih takutkan masjid kita yang sepi, dari takjubkan video ini.
p.s: Salam Ramadan kepada warga MRSM Mersing, jauh dari perantauan ini. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Rupa-rupanya banyak iktibar boleh diperolehi dari kisah-kisah 'ajaib' ini. Saya menyokong juga komen-komen yg diberikan.Ya..jangan kita jadi spt Bani Israil yg mencabar Nabi Allah Musa dan meminta pelbagai bukti dan mukjizat sebelum mereka beriman. Akhirnya mereka tak beriman juga. Ada satu tenaga yg sedang giat dikaji oleh para saintis yg dinamakan Zero Point Energy yg dikaitkan dgn kebolehan Asif Bukhaira yg memindahkan singgahsana Balkis dlm sekelip mata. Nicolai Tesla sepanjang kehidupan beliau telah melakukan pelbagai eksperimen untuk mendapat dan mengawal tenaga ini tapi tiada penjelasan saintifik yg mampu merungkai apakah tenaga tersebut pada zaman itu.Singgahsana ini dipercayai dipindahkan tanpa melalui ruang dan masa.Pada masa kini satu eksperimen fizik terhebat yg dinamakan HLC oleh CERN dikatakan antara lain mengkaji tenaga ini yg 'mewujudkan' zarah-zarah partikel anti-matter dari 'tiada' kpd 'ada' yg diteorikan oleh Hawkings sebagai Higgs Boson'. Ini dikatakan permulaan kpd Big Bang yg diceritakan juga dalam Al-Quran. Saya percaya apa saja teknologi yg disebut dalam Al-Quran spt penerbangan, video,elektrik,nuklear dll boleh dikaji dan mungkin dicapai manusia walaupun pada masa kini ianya mustahil.Jika kaedah ini berjaya mewujudkan anti-matter yg diperlukan dalam jumlah yg banyak dunia ini akan berubah 100% tidak lama lagi..Wallahu'alam
Post a Comment