Sumber : Forum internet
Teknologi senjata api Melaka lebih tinggi dari yang dimiliki Portugal. Catatan Alfonso sendiri mengesahakan bahawa meriam Melaka sama hebatnya dengan meriam buatan jerman yang ketika itu paling canggih di eropah. Selain meriam, Melaka juga menghasilkan senapang ukuran biasa & luarbiasa. Kapal binaan Melaka pula jauh lebih besar serta kebal terhadap bedilan meriam kapal portugis. Namun melaka masih juga kecundang. Apakah sebabnya ?
Dari kajian mendalam & terperinci yang telah saya jalankan,
punca utama kekalahan Melaka boleh dijelaskan dengan empat faktor utama berikut :
a) Hampir keseluruhan tentera Melaka terdiri dari bangsa asing yang mudah gentar di medan perang.
b) Tentera Melaka memandang rendah penggunaan pakaian kalis peluru/senjata tajam.
c) Tentera laut Melaka tidak sempat menyertai peperangan kerana berpengkalan di Lingga.
d) Meriam canggih dari jerman boleh diimport dengan mudah oleh negara eropah lain termasuk portugal.
.
a) Majoriti anggota tentera darat Melaka dari kaum lemah
Bersandarkan ulasan Alfonso d'Albuquerque sendiri, tentera darat Melaka sememangnya dipenuhi dengan pahlawan jawa. Selebihnya dari parsi dan "coracone" Hakikat ini seterusnya menimbulkan suatu persoalan. Ke mana perginya perwira melayu Melaka ? Memandangkan kerjaya sebagai anggota tentera tidak memberikan pendapatan lumayan, sudah pastilah kaum yang paling handal berlayar & berperang lebih gemar berkhidmat di atas kapal dagang sebagai kelasi atau anggota merin.
Industri perkapalan pada zaman itu sangat menguntungkan dan golongan pemilik kapal di Melaka amat bergantung kepada kehandalan anak kapal mereka untuk mengendalikan dan mempertahankan bahtera masing-masing.Justeru mereka lebih mampu & lebih sanggup mengupah anak jati Melaka yang paling gagah berani dengan gaji lumayan.Beberapa kerat belia melayu yang memilih kerjaya dalam angkatan tentera pula akan terus saja disalurkan ke cabang paling utama angkatan tentera iaitu tentera laut.Maka tinggal lah tentera darat Melaka sebagai tentera kelas kedua yang lemah gemalai. Hanya mengharapkan teknologi senjata api sahaja.
Perlu diingatkan bahawa bukan semua ulasan alfonso dalbuquerque boleh diterima bulat-bulat.Umpamanya, maklumat risikan pihak portugis yang sering memperbesarkan kekuatan musuh mereka. Anggaran tentera Melaka seramai lebih 20,000 hanyalah sekadar pendapat beberapa nahkoda cina sahaja. Manakala dakwaan terdapat 8,000 meriam di Melaka pula cuma diperolehi dari ninachatu dan seorang portugis yang baru dibebaskan dari tawanan Melaka.Tetapi setelah portugis menawan Melaka mereka hanya menemui lebihkurang 3,000 pucuk meriam sahaja. Maka dapatlah disimpulkan bahawa jumlah perajurit Melaka juga jauh lebih sedikit dari yang digembar-gemburkan olah sumber risikan pihak portugis.
'
b) Memandang remeh pakaian kebal
Jelas sekali mentaliti ini dipengaruhi sepenuhnya oleh faktor iklim. Agaknya sesiapa saja di kalangan tentera Melaka yang sanggup menderita kepanasan dengan mengenakan pakaian perisai akan diketawakan tanpa belas kasihan.
Setelah tewas di Melaka, bangsa melayu masih tetap tidak berganjak dari pendirian mereka hinggalah zaman kegemilangan pakaian perisai berakhir di kurun ke-20. Sementara itu ada juga bangsa lain di nusantara yang sanggup memakai baju perisai demi memperolehi apa saja kelebihan darinya. Bangsa yang tak segagah & secanggih melayu seperti bugis umpamanya telah mencatatkan lebih banyak kemenangan berbanding kekalahan menentang tentera negeri melayu hanya kerana kesanggupan mereka menggunakan pakaian perisai. Itu sebabnya negeri-negeri melayu langsung tak pernah heran.
Apa yang menghairankan ialah ada kalanya pihak melayu masih juga mampu menumpaskan musuh berpakaian perisai sepertimana yang berlaku pada tahun 1599 di Phnom Penh, Kemboja. Dalam satu serangan balas, pedagang melayu telah mengepung & seterusnya membunuh kesemua askar dari gabungan sepanyol, portugis & jepun kristian.
c) Pengkalan tentera laut terletak terlalu jauh dari Melaka.
Barangkali untuk mengurangkan kesesakan di pelabuhan Melaka dan mungkin juga bagi mengelakkan anggota tentera laut daripada tertarik menyertai sektor perkapalan swasta.
Peranan anggota merin teramatlah penting. Dan identiti kaum yang mempertahankan sesebuah kapal akan menentukan sama ada ia mudah ditawan atau sebaliknya.Di antara beberapa kapal dagang yang diserang armada Diogo Lopez de Sequieira dalam pelayaran pulang dari Melaka pada tahun 1509, satu darinya berjaya menangkis serangan. Malah menyerang balas pula dan nyaris menguasai sebuah kapal di bawah pimpinan Nuno Godins. Oleh kerana pertembungan ini berlaku hampir dengan Melaka dan memandangkan anak kapal dagang berkenaan lebih agresif dari soldadu portugis, amat sukar dinafikan bahawa kapal dagang tersebut dimiliki dan dipertahankan oleh anak melayu Melaka.Kapal lain yang berjaya ditawan portugis pula boleh dianggap kapal bukan melayu seperti jawa, pegu,cina atau india.Maka seandainya tentera laut Melaka sempat menggempur angkatan portugis sebelum kejatuhan melaka, sudah tentu melaka dapat diselamatkan. Dalam pertarungan satu lawan satu di atas geladak kapal portugis, pakaian kalis peluru perajurit musuh tak akan mampu melindungi mereka dari penangan silat anggota merin melayu Melaka.
Tentera darat Melaka hanya perlu bertahan sehingga ketibaan bantuan dari Lingga tapi sebaliknya, ketika tentera laut Melaka sedang bersiap sedia untuk berangkat, pihak musuh telah pun berjaya menguasai Melaka dan semua kaum bukan melayu yang beragama islam di Melaka telahpun berpaling tadah. Mungkin tentera laut melaka juga bersalah kerana mengambil masa terlalu panjang untuk tiba.
d) Penggunaan meriam canggih dari Jerman oleh pihak Portugis.
Walaupun Melaka hanya mengandungi lebihkurang 100,000 penduduk, mereka sudah mampu hasilkan apa saja persenjataan paling canggih di dunia yang diperlukan sedangkan portugal dengan 2 juta penduduk masih bergantung kepada negara asing untuk membekalkan meriam yang setanding dengan meriam Melaka.
Di awal kurun ke-16 kapal portugis hanya dilengkapi meriam buatan sendiri yang terlalu lemah untuk menembusi dinding kapal melayu. Meriam canggih dari jerman pula terlalu mahal untuk diimpot dalam jumlah yang mencukupi dan biasanya digunakan untuk mebedil musuh di darat sahaja. Kekurangan meriam bermutu tinggi ini menyebabkan tentera portugis terpaksa bersusah payah mengangkut 50 meriam Melaka yang ditawan ke kapal mereka setelah tamat serangan pertama.Tujuannya ialah untuk menggunakan meriam buatan Melaka ini pada serangan kedua. Justru Melaka boleh juga dikatakan telah ditewaskan dengan meriam sendiri selain dari meriam buatan jerman.
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment