Petikan satu email dari seorang pakar kewangan :
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rahman,
Dalam emel saya yang lepas, saya ada share kadar inflasi pada
June 2011 adalah 3.5%. Secara puratanya, kadar inflasi rasmi
pada purata 3-4%.
Rahman, pada hakikatnya, kadar inflasi di kawasan bandar
seperti Kuala Lumpur lebih tinggi daripada angka yang diumumkan
kerajaan. Sesetengah pakar perancang kewangan menganggarkan kadar
inflasi pada paras 6% ke atas, namun keadaannya mungkin lebih parah.
Rahman, kenapa ianya lebih daripada 6%?
Kalau Rahman masih ingat, 30 tahun dahulu, sebuah kereta
import hanya berharga RM17,000; kini, sebuah kereta import yang
biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000.
Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih
murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 -
dua kali ganda lebih berbanding 30 tahun yang lalu.
Begitu juga, sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga
kira-kira RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini
satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya
RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000,
bersamaan enam kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur pada 30 tahun
yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah
di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.
Kos pendidikan meningkat pada kadar 6% setiap tahun; kos perubatan
bertambah pada kadar 15% setiap tahun. Rasionalisasi subsidi yang
diperkenalkan kerajaan (pemotongan subsidi petrol, diesel, gula,
gas asli dan sebagainya), telah mengakibatkan kenaikan harga
makanan, bahan api, pengangkutan, elektrik, lantas melonjakkan
kadar inflasi.
Rahman, ia sememangnya lebih daripada perangkaan rasmi,
iaitu 3%-4% yang diumumkan. Seandainya dihitung dengan kadar
inflasi 6%, maka kos makanan harian RM20 sekarang bakal melonjak
kepada RM64 pada 20 tahun akan datang.
Rahman, bukankah ini satu fakta yang menakutkan dan
merisaukan kita? Apa pandangan Rahman tentang isu
sebegini? Share-share la dengan saya ya..
Terima kasih.
Humaizi Falah
017-368 6299
p.s. Salah satu cara untuk Rahman merancang kekangan inflasi
ini adalah dengan menyalurkan sebahagian wang KWSP Rahman
ke dana pelaburan Unit Amanah yang boleh memberi pulangan di antara
10%-20% setahun. Contact saya untuk maklumat lanjut.
www.rahsiakewangan.com
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment