Nota :
Jalan ByPass Temerloh-Mentakab merupakan kawasan yang paling berpotensi untuk menjadi kawasan bandar baru pinggiran bandar Temerloh. Jika sepanjang jalan Temerloh-Mentakab sehingga ke Karak sudah dipenuhi dengan projek taman penginapan dan kompleks kedai kini tibalah masanya kawasan ini dimajukan.
Sehingga kini antara projek yang dijalankan sepanjang bypass yang dapat dimuatkan di sini ialah:
1. Kawasan Perindustrian Mentakab
2. Projek perumahan yang berhampiran kwsn industri ini
3. Sekolah menegah dan rendah Sri Tualang
4. Kompleks IPD Temerloh ( dalam pembinaan)
5. Temerloh Boulevard ( dalam pembinaan)
6. Kawasan Rekreasi Kubang Gajah
7. Temerloh Mall ( sudah beroperasi)
8. Taman-taman perumahan dan kompleks kedai Damai Court
Di bahagian luar Mall terdapat kompleks kedai. Di sini kedai-kedai berjenama agak popular menjadi tumpuan
Pintu utama Temerloh Mall. Pasaraya TF Value Mart menjadi premis utama di sini. Di Mentakab, TF menjadi tumpuan ramai utk barangan segar
Parkir luar yang luas. Pasaraya ini dibina di jalan masuk taman perumahan yg terkenal di pinggir bandar ini iaitu Damai Court, Taman Cahaya dan Taman Jaya. Sekarang penduduk di kawasan ini yg suatu masa dulu hutan belantara (masa PHD bersekolah rendah)
Bahagian tingkat bawah TM ni banyak kedai dan kiosk yang tersusun kemas dan cantik. Kedai-kedai menjual baju kontemporari pun banyak. Begitu juga baju reject shop utk eksport juga banyak pilihan.
Tingakt atas sebahagian besarnya dipenuhi ruang untk TF value Mart. Ruang kedai yang sangat besar spt Tesco. Pelbagai pilihan makanan segar (paling popular), alat tulis, barangan rumah juga pakaian. Hari raya yang lepas PHD membeli sebahagian pakaian raya di sini.
Oh ya..Di bahagian atas terdapat kedai kek milik bumiputera yang mempunyai pelbagai pilihan kek dan kulinari. Juga kedai barangan tradisional.
Kedai kasut Princess yg sangat popular di bandar-bandar besar juga terdapat di sini.Warga Temerloh-Mentakab sudah tak perlu ke KL atau Kuantan lagi untuk mendapat produk harian terbaik !
Kekurangan kompleks membeli-belah Temerloh Mall ini ialah tiadanya restoran makanan segera yang popular seperti KFC, Mc D dan Pizza Hut. Tetapi di sekeliling TM terdapat restoran tempatan popular seperti Old Town (mamak) , restoran-restoran masakan Thai yg pastinya menjadikan kawasan berhampiran ByPass ini akan bertambah meriah !
4 comments:
InsyaAllah kedai makanan segera akan dibuka di Temerloh Boulevard nanti..
Wahh..best la penduduk yg tinggal area tu..tak payah dah ke pusat bandar Temerloh..kalau 24 jam lagi ok..cuma seram sikit sblh jirat cina
Jambatan Temerloh pun dengarnya akan diperbesarkan lagi. Sila lihat:
http://panglimapatinhitam.blogspot.com/2012/07/paling-panaspas-temerloh-tak-malu-ngaku.html
Ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi kawasan sekitar. Ada maklumat lain mengenai jambatan baru ini?
Wahh..bagus sangat te kala buat 2 hala..Projek pembesaran jambatan Pekan dah siap..Skrg ni jambatan sedia ada sempit dan sesak sgt
Post a Comment