Al kisah
sebuah keluarga
besar terdiri
daripada ramai anak
hasil beberapa perkahwinan
diterajui oleh si bapa tiri
berumur 56 tahun
Tersangat percaya
akan anak-anak
kepada bapanya
kerana sikap lunaknya
dan kerap membawa
jajan pulang setiap
kali sekembali dari
pekerjaan
Sememangnya anak2
itu dididik menghormati
orang-orang tua
langsung mereka
tidak mengambil endah
tabiat buruk bapa tiri mereka
Kadang-kadang timbul
kehairanan pd anak2
kenapa kehidupan
mereka semakin susah
walhal arwah ibu mereka
meninggalkan
banyak harta berupa
ladang dan lombong permata
Nasi yg dimakan semakin
rendah kualitinya
Ikan semakin mengecil
pakaian semakin
rendah mutunya
Banglo peninggalan ibu
jarang diperbaiki dan diganti
Cuma mereka ingat
pesanan arwah ibu
supaya tidak bersangka buruk
dengan orang tua
supaya hidup berkat
dan selamat di akhirat
Semakin lama
semakin lewat
bapa pulang
Setiap pagi keluar
dengan pakaian
berjenama
dengan kereta mewah
Pulangnya makin lewat
Jarang sekali dapat
makan bersama
kata bapa tiri tersebut
bahawa kerjanya
makin byk
harus melayan
ramai pelanggan syarikat
dari luar negara
Perlu melayan mereka
makan di hotel ternama
dibawa berhibur
dan bercuti untuk
mendapat pulangan
Anak-anak di rumah
makin gelisah
perut kerap lapar
Stok makanan
menyusut di dapur
Duit belanja ditinggal
hanya sedikit ditambah
walhal pakcik kedai
runcit kampung
berkali2 menaikkan
harga barang keperluan
Anak2 di rumah
makin kerap bergaduh
kerana barang permainan
semakin sedikit tak berganti
Buku2 lama sudah jemu dibaca
Kerap kali bergaduh
di meja makan
lauk yg sedikit perlu dicatu
walhal tubuh makin membesar
Si abang kerap menasihati
adik-adik supaya bersabar
ingat pesanan arwah ibu
Patut disyukuri kehidupan mereka
kerana di luar rumah
ramai penjahat dan penyamun
roh-roh bergentayang merayau
seperti mana pesanan
bapa tiri mereka setiap kali
anak-anak merungut dan mengadu
Walaupun anak-anak
masih mampu tersenyum
tetapi mereka selalu terfikir
mengapa anak2 jiran
hidup bertambah selesa
walhal kebun mereka
tidaklah sebesar mana
Ayah mereka tidaklah
begitu bergaya
Akhirnya anak2 tadi
percaya bahawa
kemewahan dunia
bukan milik anak2
yg baik seperti mereka
Kebahagiaan akhiratlah
ditunggu-tunggu
Selamat Hari Malaysia
NASI DAGING UTARA
3 months ago
No comments:
Post a Comment