Sunday, 9 September 2012

Alfatihah: Negara dan Warga Mersing kehilangan Cikgu Zul

Al-Fatihah buat guruku Cikgu Zul ..Kenangan bersama di MRSM BP sebagai warden yg suka membantu , Ekspedisi Endau Rompin 1985 yg penuh cabaran bersama, bertemu semula secara kebetulan di MRSM KT pada tahun 1995, mengendalikan dan menyertai ceramah Smart Learning cikgu untuk pelajar-pelajar di MRSM Mersing..Negara kehilangan seorang yang berjasa dalam mengendalikan teknik mengingat dan belajar kpd berpuluh ribu pelajar di seluruh pelusuk negara. Warga Mersing kehilangan anak jati yg tidak pernah lupa akan daerah kelahirannya. Moga perjalanan cikgu ke alam sana dipermudahkan dan mendapat tempat yg lebih baik bersama orang-orang mukmin dan para syuhada' yg memperjuangkan agamaNya..
 Biografi Allahyarham..

ZULKIFLI BIN KASSIM 

( Pengasas Bersama SMARTLEARNING Associates )


Graduan di dalam bidang kimia dan biologi ini adalah bekas tenaga akademik di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga tahun 1991. Beliau kini adalah perunding sepenuh masa SMARTLEARNING Associates (M) Sdn. Bhd. dan telah mengendalikan seminar kepada lebih 40,000 peserta di seluruh negara.
Beliau terlatih mengendalikan:
  • Seminar Pembelajaran Cemerlang SMARTLEARNING
  • Seminar Strategi Menghadapi Peperiksaan
  • Kursus Kemahiran Berfikir ( Lateral Thinking )
  • Kursus Kemahiran Persembahan ( Ucapan Umum )
  • Kursus Pengendalian Pelajar Pintar Cerdas ( BAKA )
  • Kursus Sistem Studi BAKA
  • Kursus Bina Insan dan Kursus Jaya Diri
  • Bimbingan Perguruan Profesional dalam TMK ( BPPT )
Anak kelahiran Johor Bahru ini adalah Penyelaras dan Ketua Fasilitator bagi Kem Bina Insan MRSM SeMalaysia yang diadakan di MRSM Pulau Pinang dari tahun 1987 hingga 1991.
Selain MRSM, Sekolah Menengah Sains, Maahad dan Sekolah Menengah Teknik, beliau pernah terlibat mengendalikan program anjuran Maktab Tentera DiRaja (Putera), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej Kejururawatan Melaka, Kolej Kurniawan, USM Pulau Pinang, USM Kubang Kerian, USM Tronoh, Pusat Asasi Sains UM, ASMUM Universiti Malaya,Matrik USM, Matrik UKM, Matrik UUM, Matrik UMS, matrik UPM, KPUTM, Universiti Teknologi MARA (UiTM ) Sarawak,UiTM Segamat, Pejabat Pendidikan Muar,Pusat Bina Ilmu Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, RTM Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Kedah, Persatuan Alumni Doktor USM (PADU), BTN, GPMS, PERDA, KEDA, LKIM, BAKA, INTEL, PIONEER, BAKAT, Bank Rakyat, Bank Negara Malaysia, MARA Negeri Johor, Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Gerik, Yayasan Sabah, Yayasan Sarawak, PLUS, Sime Darby dll.
Beliau juga adalah Regional Manager ( Training ) bagi FSBM ( formerly known as Fujitsu System Business Malaysia ) di Cyberjaya 2003 – 2007 yang terlibat dalam mengendalikan Program Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( BPPT ) bersama Prestariang Technology Sdb Bhd untuk guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Zulkifli turut terlibat menjadi AJK Fasilitator Konvensyen Kebangsaan Guru Dalam ICT 2006 di PWTC Kuala Lumpur.
Cikgu Zul juga adalah pengendali seminar SMART LEARNING untuk Program Pintar Sime Darby bagi sekolah-sekolah angkat Sime Darby bagi tahun 2008 dan 2009.
Beliau juga adalah perunding motivasi program Didik Rakyat anjuran bersama Yayasan Bank Rakyat dan Berita Harian Tahun 2011.
Zulkifli bin Kassim adalah penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan MARA Peringkat Kebangsaan Tahun 1988
 
 
 

Saturday, 8 September 2012

Mersing Laguna dibatalkan..


Akhirnya setelah sekian lama tidak kelihatan kerja-kerja permulaan yang serius di perairan pantai Mersing juga desas-desus keraguan tentang kemampuan kontraktor luar negara yang terlibat maka teka-teki ini yang menyelubungi warga Mersing terjawab. Projek permata Mersing ini iaitu Mersing Laguna telah dibatalkan.Begitulah kesudahan semua impian dan kenangan manis penduduk di sini. Begitupun dengan aset keindahan semula jadi marin, InsyaAllah akan ada projek seumpama pada masa depan di sini.


( Foto terkini dari akhbar Sinar Harian)

Apa yang perlu difokuskan sekarang ialah janji sejak berpuluh tahun lalu ialah menaik taraf jalan raya yang selama ini 'memutuskan' hubungan Mersing dengan Pantai Barat serta Johor Bahru. Sekiranya jalan Mersing-Kluang dan Mersing-Kota Tinggi dinaik taraf seperti jalan Kluang-Batu Pahat sudah cukup menarik ramai pengunjung dan pelabur dari luar untuk meningkatkan pembangunan Mersing. Jalan yang ada terlalu rendah kualiti, bengkang -bengkok, sempit , sunyi malah penuh risiko untuk dilalui pada waktu  malam hari  atau awal pagi. Penduduk Mersing dahagakan  lebuhraya tersebut yang dijanjikan setiap kali pilihanraya umum. Lebih mewajarkan lagi kerana kini sudah banyak institusi seperti MRSM, sekolah sains, politeknik,kem gerak khas dan banyak program swasta dan agensi kerajaan menjadikan Mersing pilihan utama. Malah berpuluh chalet dan resort baru telah dibina dan sentiasa dipenuhi pengunjung. Ini bertepatan dengan  slogan Kemerdekaan ke-55 iaitu Janji Ditepati !


Sumber : Bernama

Projek Mersing Laguna Dibatal, Titah Sultan Johor
MERSING: Sultan Johor bertitah projek pembangunan Mersing Laguna bernilai RM22 bilion dibatalkan berikutan kegagalan pemaju projek mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada 25 Februari lepas.
Menurut Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda sentiasa mengawasi kemajuan projek itu dan memastikan ia dijalankan dengan sempurna.
"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar RM200 juta. Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.
"Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," menurut Sultan Johor yang bertitah pada majlis hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing di sini Sabtu.
Sultan Johor bertitah baginda sendiri merasmikan majlis pecah tanah projek mega itu pada 14 April lepas.
Pemaju bagi projek Mersing Laguna itu merupakan syarikat tempatan, Radiant Starfish Development Berhad.
Projek Mersing Laguna yang akan meletakkan Mersing di dalam peta pelancongan dunia itu membabitkan pembinaan 22 hotel dan resort, marina, taman tema air dan pusat membeli-belah.
Ia juga melibatkan usaha tambakan laut bagi mewujudkan tiga pulau buatan manusia. Fasa pertama projek itu dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun.
Sultan Johor menasihatkan kerajaan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima dan menilai cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.
Negeri Johor titah baginda sememangnya sedang pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada mana-mana pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata.
"Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," menurut baginda.
Setiap apa yang berlaku menurut Sultan Johor, akan diperhatikan baginda bagi menjamin pembangunan yang dibuat itu benar-benar berjaya dan memberi faedah kepada rakyat dan negeri Johor. - BERNAMA

Artikel-artikel yang lepas tentang Mersing Laguna..( klik di sini )

Sunday, 2 September 2012

Temerloh Mall bakal mempercepatkan pembangunan bandar di sepanjang Bypass Temerloh-Mentakab

Nota :
Jalan ByPass Temerloh-Mentakab merupakan kawasan yang paling berpotensi untuk menjadi kawasan bandar baru pinggiran bandar Temerloh. Jika sepanjang jalan Temerloh-Mentakab sehingga ke Karak sudah dipenuhi dengan projek taman penginapan dan kompleks kedai kini tibalah masanya kawasan ini dimajukan.

Sehingga kini antara projek yang dijalankan sepanjang bypass yang dapat dimuatkan di sini ialah:

1. Kawasan Perindustrian Mentakab
2. Projek perumahan yang berhampiran kwsn industri ini
3. Sekolah menegah dan rendah Sri Tualang
4. Kompleks IPD Temerloh ( dalam pembinaan)
5. Temerloh Boulevard ( dalam pembinaan)
6. Kawasan Rekreasi Kubang Gajah
7. Temerloh Mall ( sudah beroperasi)
8. Taman-taman perumahan dan kompleks kedai Damai Court

 Di bahagian luar Mall terdapat kompleks kedai. Di sini kedai-kedai berjenama agak popular menjadi tumpuan
 Pintu utama Temerloh Mall. Pasaraya TF Value Mart menjadi premis utama di sini. Di Mentakab, TF menjadi tumpuan ramai utk barangan segar
 Parkir luar yang luas. Pasaraya ini dibina di jalan masuk taman perumahan yg terkenal di pinggir bandar ini iaitu Damai Court, Taman Cahaya dan Taman Jaya. Sekarang penduduk di kawasan ini yg suatu masa dulu hutan belantara (masa PHD bersekolah rendah)

 Bahagian tingkat bawah TM ni banyak kedai dan kiosk yang tersusun kemas dan cantik. Kedai-kedai menjual baju kontemporari pun banyak. Begitu juga baju reject shop utk eksport juga banyak pilihan.


Tingakt atas sebahagian besarnya dipenuhi ruang untk TF value Mart. Ruang kedai yang sangat besar spt Tesco. Pelbagai pilihan makanan segar (paling popular), alat tulis, barangan rumah juga pakaian. Hari raya yang lepas PHD membeli sebahagian pakaian raya di sini.

Oh ya..Di bahagian atas terdapat kedai kek milik bumiputera yang mempunyai pelbagai pilihan kek dan kulinari. Juga kedai barangan tradisional.

Kedai kasut Princess yg sangat popular di bandar-bandar besar juga terdapat di sini.Warga Temerloh-Mentakab sudah tak perlu ke KL atau Kuantan lagi untuk mendapat produk harian terbaik !

Kekurangan kompleks membeli-belah Temerloh Mall ini ialah tiadanya restoran makanan segera yang popular seperti KFC, Mc D dan Pizza Hut. Tetapi di sekeliling TM terdapat restoran tempatan popular seperti Old Town (mamak) , restoran-restoran masakan Thai yg pastinya menjadikan kawasan berhampiran ByPass ini akan bertambah meriah !

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan