Sumber : Around The World With Lijai
Inilah sedikit gambar-gambar pemandangan di jalanraya yang paling bahaya di dunia mendapat jolokan dalam bahasa Latinnya 'El Camino de la Muerte' dan dalam Inggerisnya 'Death Road'. Telah disenaraikan sebagai jalanraya nombor satu paling berbahaya di dunia dengan curam dan tebing yang berbahaya, jalan yang teruk, runtuhan batu, air yang melalui jalan dan gaung-gaung yang telah meragut ribuan nyawa sehingga kini. Adalah dianggarkan kira-kira 200 kematian dicatatkan untuk setahun di jalan ini.
Apa yang membuatkan lebih bahaya adalah jalan Yungas ini bukan sahaja dilalui kereta dan kenderaan-kenderaan kecil, tetapi Bas tempatan dan lori-lori besar turut menggunakan jalan ini. Mereka perlu memberi tumpuan yang luarbiasa kepada keadaan atas jalan kerana kesilapan yang kecil sahaja bererti maut yang menunggu. Sehingga hari ini, keadaan jalan tidak berubah dan masih begitu rupa.
Yungas Utara (Nor Yungas, North Yungas) adalah sepanjang 69 km(43 batu) yang menghubungkan bandaraya utama Bolivia La Paz dengan Coroico di wilayah Yungas. Jalanraya ini memang dinobatkan sebagai jalan paling berbahaya di dunia kerana kondisi ekstrim jalanraya tersebut. Di beberapa lokasi tertentu, terdapat kayu salib sebagai peringatan terhadap mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan di beberapa tempat-tempat berbahaya sepanjang jalan tersebut.
Yungas Selatan(Sor Yungas, South Yungas) pula menghubungkan La Paz dengan Chulumani 64 km(40 batu) timur dari La Paz dan jalan ini tiada bezanya dengan Jalan Yungas Utara dari istilah bahaya yang dihadapi pengguna jalan dan bahayanya.
Gaung-gaungnya adalah sedalam sekurang-kurangnya 600 meter dan jalan ini memiliki keluasan tidak melebihi 3.2 meter dan tiada sebarang penghadang jalan di tebing-tebingnya. Pada 24 Julai 1983, sebuah bas jatuh ke dalam gaung jalan Yungas ini dan membunuh 100 penumpangnya dan dikatakan kemalangan jalanraya yang terburuk di Bolivia. Selain itu, banyak lagi kemalangan dilaporkan di jalan itu.
Jalanraya ini menawarkan pemandangan yang cantik di sebalik reputasinya dengan pemandangan gunung ganang Andes yang indah, hutan belantara dan sungai yang mengalir di gaung-gaungnya. Destinasi ini ironiknya menjadi tarikan pelancong semenjak 1990'an dan menarik kira-kira 25,000 pelancong yang menyukai cabaran lasak. Menaiki basikal 'mountain bike' merupakan salah satu kegemaran penunggang basikal terutama untuk turun bukit. Kini, terdapat banyak agensi yang menjaga dan menyelenggara aktiviti ini, menyediakan maklumat, menunjuk jalan, menyediakan transportasi dan peralatan. Sejak 1998, dicatatkan 18 penunggang basikal telah terbunuh di jalan ini. Jalan ini menjadi tarikan orang luar dan telah dipaparkan dalam rancangan televisyen BBC Show, Top Gear, Bolivia Special, di mana hos-hos program melalui 1610 km(1000batu) perjalanan merentasi dari Hutan belantara Bolivia ke lautan Pasifik. Iklan Mitsubishi Outlander merupakan yang pertama difilemkan atas jalan Yungas ini. Siri kedua IRT : Deadliest Roads keluaran History Channel Ice Road Truckers, memaparkan enam orang pemandu trak Amerika Syarikat merentasi sepanjang jalan maut ini dengan membawa punggahan barang.
Jalanraya ini telah dibina sekitar tahun 1930'an semasa perang Chaco oleh tahanan-tahanan perang Paraguay di situ. Jalan Yungas lama ini telah mulai digantikan dengan jalan Yungas baru di bahagian utara, di mana jalanraya yang lebih besar dengan berturap dan dua lorong antara Chusquipata dan Yolosa, merentasi laluan asal seksyen utara 'Jalan Maut'. Ini memberi keselamatan kepada pengguna jalanraya dan menggantikan jalan Yungas lama yang berbahaya ini. Kini, jalan Yungas Utara lama jarang digunakan, tetapi masih menarik perhatian mereka yang menyukai cabaran.
Petikan Dari : http://en.wikipedia.org/wiki/Yungas_Road
No comments:
Post a Comment