Tarikh : 25 November 2011
Masa : 8.45 malam
Lokasi :
Deretan kedai pertama simpang pertama ke pusat bandar Temerloh dari Mentakab
( selepas simpang empat Jalan Bahagia berhampiran stesen BP)
Waktu perniagaan : pagi dan awal malam
Restoran Azhar ini sangat terkenal dengan sambal sotong,ikan bilis dan daging yang sangat unik & lazat ( setakat ini tiada resipi yg menyamai dan memang benar-benar secret recipe)
Sejak tahun 1970an sudah beberapa kali kisah Restoran Azhar dimuatkan di akhbar. Kebanyakan sanak-saudara yang pulang ke kampung di Temerloh pasti tak melepaskan peluang merasai keenakan nasi lemak di sini. Cuma harga sepinggan mencecah rm4 namun berbaloi dengan rasa yang mungkin menjadi 'ketagihan' sehingga ada yg berulang-alik dari KL setiap minggu sejauh 130km.
1 comment:
Mesti cuba.
Memang lain dari yang lain.
Anda seperti berada di abad yang berbeza...
Post a Comment