PHD berpendapat bahawa masalah sebenar ialah budaya ilmu yang masih lemah di dalam masyarakat dan cara berfikir yang kurang tepat bermula dari keluarga hingga ke sekolah.
Masyarakat yang berbudaya ilmu akan cuba menguasai bahasa apa sahaja untuk akses kepada semua ilmu yang ada di dalam gedung ilmu antarabangsa mahupun tempatan.
Itulah antara sebab kenapa menguasai lebih dari dua bahasa iaitu hingga lima bahasa sudah menjadi budaya di negara-negara maju.
Malangnya budaya ilmu masih lemah kerana sekolah-sekolah di negara ini termasuk sekolah bertaraf elit hanya mementingkan berapa banyak A+ yang dihasilkan (exam oriented) . Pelajar hanya membaca buku teks, buku rujukan subjek dan guru akan menyajikan nota-nota ringkas yang telah siap untuk skor di dalam peperiksaan
Malangnya budaya ilmu masih lemah kerana sekolah-sekolah di negara ini termasuk sekolah bertaraf elit hanya mementingkan berapa banyak A+ yang dihasilkan (exam oriented) . Pelajar hanya membaca buku teks, buku rujukan subjek dan guru akan menyajikan nota-nota ringkas yang telah siap untuk skor di dalam peperiksaan
Budaya ilmu iaitu melalui membaca dapat dibina melalui :
2. Membelikan anak-anak buku-buku (best seller) yang menggunakan bahasa selain bahasa Melayu
3. Memperkenalkan permainan interaktif menggunakan pelbagai bahasa kepada anak-anak dan pelajar
4. Guru-guru di sekolah perlu menggalakan pelajar membuat rujukan menggunakan buku-buku atau jurnal antarabangsa yang menarik minat pelajar dan kreativiti seperti Popular Science atau National Geography apabila menyentuh tajuk-tajuk yang dipelajari di sekolah. Apa yang berlaku sekarang jurnal-jurnal hebat ini menjadi sekadar pameran di perpustakaan sekolah.
5. Mengaktifkan semula pembelajaran yang menggunakan siri-siri tv yang melibatkan kehakiman, penyiasatan dan penerokaan supaya penggunaan bahasa luar diaplikasi
6. Mewujudkan forum-forum interaktif atau program realiti di sekolah, daerah dan peringkat lebih tinggi menggunakan pelbagai bahasa
7. Menjadikan R&D yang menggunakan bahasa luar ( sebagai contoh BI & Arab) sebagai pemarkahan utama untuk penilaian pelajar. Sekarang sebagai contoh PEKA hanya wajib lulus sahaja
8. Lain-lain cadangan
No comments:
Post a Comment