13 January 2012
Jumaat
Lokasi
Medan Makan Lurah Semantan/Pekan Sari
( Tepi Sg Pahang)
Setelah mengambil risiko meredah air banjir di laluan Nenasi-Pekan, Alhamdulillah hari ini PHD telah menyelesaikan urusan medical check-up di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSAS)
Kembali dari HoSAS jam hampir menunjukkan jam 11.30 pg dan perut pun dah berkeroncong. Sekali lagi PHD tergerak hati untuk menjenguk Kedai Makan Pak Usop yg terkenal dengan gulai patin tempoyak
Baca di sini artikel-artikel lepas tentang hidangan patin tempoyak [ klik...]
Apabila tiba salah seorang pekerja wanita di situ memberitahu bahawa ikan patin ( dalam 2 periuk besar) akan siap di masak dalam 20 minit lagi. Jadi PHD pergi ke gerai bersebelahan yg menjual pelbagai jenis juadah yg juga agak terkenal dengan lauk-pauknya.
PHD telah meminta dibungkuskan :
2 keping ikan tenggiri kari
2 ketul ayam korma
2 biji telur itik masak gulai lemak
seketul ikan patin masak tempoyak bhgn kepala ( biasa dlm harga rm8)
sayur * perut lembu ( rm3)
Total harga : RM 40 !!
Patut la tokei masa mengira dok pandang-pandang muka dan bertanya tak pernah datanag ke sini. Sejak PHD bertukar kereta plate Johor ni asyik kena 'pau' aje dgn peniaga2 kat sini. Jadi tak heran la orang luar selalu menyebut kena 'sembelih' bila makan di area Temerloh
Berbeza pula dengan
Kedai Makan Pak Usop
Macam-macam jenis hidangan tradisi yg dijual di sini..Gulai patin, sayur umbut, gulai rebung, ikan bakar, jeruk maman...etc
..Tak tahu nak pilih sbb semuanya membuka selera
Menu pilihan PHD di Kedai Makan Pak Usop :
Nasi putih
Gulai patin bahagian kepala (rm 8)
Sayur umbut kelapa
Sedikit ulam-ulaman
Air suam
Total harga : RM 13
Walaupun harga tidaklah murah tetapi masih boleh diterima..
Begitupun begitu PHD masih bersyukur kerana masih diberi kesihatan yg baik untuk menikmati semua hidangan tersebut
Sekian laporan dari Temerloh, Pahang Darul Makmur
No comments:
Post a Comment