14 Januari (Sabtu)
11.00 pagi
Lokasi : Esplanade
Lokasi : Esplanade
Pengalaman sehari sebelumnya meredah air banjir yg melimpah menutup seluruh permukaan jalan sejauh 300 m di laluan Nenasi-Pekan untuk kembali ke Temerloh amat menakutkan. Laluan yg sunyi pada waktu hampir tengah malam tanpa sebarang petugas keselamatan agak mengelirukan kerana tiada papan tanda awal kawasan banjir kecuali papan tanda kecil 'Air Melimpah' di tempat kejadian
Pada hari ke-2 lawatan kami ke Esplanade Temerloh ( waterfront) mendapati paras air Sg Pahang telah meningkat hampir 6 m . Akibatnya seluruh bahagian bawah jeti sudah ditenggelami air
Titi gantung yg menyeberangi kuala Sg Semantan yg bersambung dgn Sg Pahang
Pada suatu masa dulu jeti kecil cuma tetapi pengangkutan menggunakan bot merupakan kaedah utama ke sini . Dulu kwsn waterfront ni adalah pekan bersejarah Kuala Semantan iaitu pertemuan Sg Semantan dan Sg Pahang
Lagi kisah Esplanade Temerloh di sini... (klik untuk bacaan lanjut)
Lagi kisah Esplanade Temerloh di sini... (klik untuk bacaan lanjut)
Muka kuala Sg Semantan
Projek menaik taraf jalan Pekan Sari (sehari) Ahad yg sgt popular sejak ratusan tahun telah mengubah nama kawasan ini kepada Esplanade Temerloh
Kisah Pekan Sari Temerloh ...(klik untuk bacaan selanjutnya)
Kisah Pekan Sari Temerloh ...(klik untuk bacaan selanjutnya)
Bahagian sebelah kanan jeti yg hanya tinggal bumbung yg masih kelihatan. Papan tanda TEMERLOH yg menjadi ikon masih gagah cuma sudah tidak dilimpahi cahaya pada waktu malam
Kami sempat singgah ke sebuah gerai menjual patin sangkar sungai
Tempoyak sebagai bahan mentah utama gulai patin juga dijual
Gulai patin tempoyak resipi mertua sudah siap..
Anak-anak juga sudah mula 'belajar' makan masakan tradisi
Nota : Sebelas buah rencana ( posting) tentang masakan patin tempoyak Temerloh..( Klik di sini untuk bacaan lanjut )
No comments:
Post a Comment