Petikan dari :
rozaimy.komputer.com.my
Dalam hidup ini, kita selalu meneka atau terteka apabila sesuatu tu berlaku dihadapan kita.
Orang dulu kata, kalau kucing lompat di atas mayat yang terbaring, itu tandanya mayat tu nak jadi hantu nanti. Kata orang le, tetapi tak pernah pulak aku dengar ada kucing lompat atas mayat. Yang selalu aku perhatikan, kucing tak mai pun, atau awal-awal lagi orang dah halau kucing sejauh yang boleh. he he he.. mengarut laaa.
Ada orang kata, kalau tapak tangan kanan gatal, tandanya nak dapat rezeki. So kalau tapak tangan isteri sebelah kanan gatal, maka tapak tangan kiri suami gatal pulak. Gatal nak keluar duit dan kasi kat isteri. he he he.
Orang kata, kalau bulu mata jatuh. Tu tandanya ada orang sedang merindui diri kita. Bestnya... Aku ingat lagi, bila bulu mata jatuh dan terlekat kat cermin mata, member dok mengusik kata "tutttttt awak tengah rindulah tu". Kita pun rasa teruja, pasal si dia merindui diri kita. Betul ke?
Orang kata kalau tiba-tiba kita tersedak, maknanya ada orang tengah sebut nama kita. Orang tu merindui kita ke? atau orang tu sedang mengumpat diri kita? Kalau macam tu, jenuh le Perdana Menteri tersedak.
Orang kata, kalau mata berkenyit, akan dapat berita buruk?
Orang kata, kalau telinga berdesing, ada kematian?
Orang kata, kalau hujan panas, ada orang alim meninggal?
Entahlah! Aku pun bukan ambil pusing mengenai perkara macam ni. Namun kadang-kadang hati terdetik juga.
Kita selalu melihat sesuatu tanda yang baik tu, akan membawa sesuatu kebaikan di masa hadapan. Manakala tanda yang tidak baik pulak akan membawa kepada perkara yang tidak baik dimasa hadapan. Betul ke? Entahlah.
Pengalaman aku le,
Lepas SPM, aku cuma sempat berehat sekejap sebelum sambung belajar bahasa inggeris selama 3 bulan kat Slim River. Masa nak daftar tu, aku berdoa semoga dapat bertemu dengan si dia. Doa aku dimakbulkan. So bagi aku masa tu, itulah tandanya Allah nak kasi aku peluang kedua tetapi hampa, 3 bulan berlalu, aku tidak mampu menyapa si dia, aku hanya mampu menulis sepucuk surat aje.
Masuk matrik, aku pun berdoa semoga dapat bertemu si dia lagi. Tuuuu dia, doa aku dimakbulkan lagi, aku jumpa si dia lagi. Ini peluang ketiga aku untuk mencuba. Entah apa silapnya, walaupun pusat matrix tu kecil aje, aku gagal jugak. 6 bulan nothing happen. Misi gagal.
2 tanda yang baik, tetapi tak ada hasilnya.
3 tahun berlalu, tengah aku dok bergayut dengan awek, tiba-tiba bapa dia rampas dan sound aku. Aduh, bila aku dapat awek yang cintakan diri ini, aku kena sound pulak dengan bapak awek tu. Belum apa-apa dah dapat tanda-tanda yang tak baik dalam hubungan kami. Macho punya pasal, aku janji nak jumpa bapa dia masa raya.
So seminggu sebelum nak pi tu, aku kena chicken pox la pulak. Tu macam tanda tak kasi pergi aje. Tetapi aku jenis degil, setiap masa aku sapu ubat supaya chicken pox aku cepat sembuh. Tak berapa nak sembuh, aku keluar jugak pi nak jumpa bapa si dia.
Bila tiba di chow kit, aku turun le bas tu, belum sempat kaki aku jejak tanah, aku dilanggar, tergolek dog le aku. Seluar kat kepala lutut aku koyak, darah mula mengalir. Aku sapu darah tu dengan tangan, ku balut luka tu dengan sapu tangan. Adakah itu tanda-tanda aku sepatutnya hentikan niatku untuk berjumpa bapa si dia. Tetapi aku degil jugak.
Dengan langkah perlahan, aku melangkah ke tepi, menanti bas untuk membawa aku ke Puduraya. Dari puduraya, bas express membawa aku ke destinasi seterusnya. Ditengah perjalanan, bas express yang ku naiki rosak. Adakah itu tanda ketiga yang menyuruh ku membatalkan sahaja niat ku.
Setelah menunggu sekian lama, bas pengganti tiba, namun orang tua dan berkeluarga didahulukan. Aku terkandas lagi. Tinggal aku dengan beberapa orang sahaja terkandas. Adakah itu tanda ke empat menyuruh aku patah semula, kembali ke pangkal jalan.
Hati aku mula berbisik, "adakah hubungan ku dulu putus dengan si dia ni tanpa sebarang sebab adalah penunjuk yang aku memang tidak ada jodoh dengannya?" Namun aku tetap degil. Aku pernah mengaku kalah dahulu, aku berazam untuk tidak mengaku kalah kali ini. Aku nekad untuk meneruskan perjalanan ku, walaupun segala tanda yang ku terima adalah negatif.
Setelah lebih 10 jam berlalu, aku akhirnya tiba jua ke destinasi. Aku tak pasti sama ada si dia masih setia menanti diri aku yang terlewat berjam-jam ni.
Hasilnya???????????
Priceless.......
End
PHD : Ikuti penyudahan kisah benar ini dan novel-novel online lain di http://rozaimy.komputer.com.my
NASI DAGING UTARA
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment