18 Februari 2024
Admin dan keluarga berpindah sepenuhnya ke Cameron Highlands setelah bersara awal dlm perkhidmatan sebagai guru di Mrsm Mersing
Hampir 2 tahun di Cameron byk menghabiskan masa berekreasi dan beriadah memandangkan byk venue spt gunung2 dengan pelbagai jenis trail melalui juga ladang2 teh dan perkampungan orang asli. Byk area perbukitan dan taman yg luas sgt popular menjadi lokasi briswalk , jogging, trail run , hiking . Aktiviti2 ini menjadi tumpuan individu, kelab, persatuan penduduk tempatan dan luar. Terlalu byk pertandingan terbuka merentasi bukit, gunung dan air terjun dianjurkan sepanjang tahun.
Cuaca sejuk dan udara segar membolehkan aktiviti2 tersebut boleh dilakukan sepanjang hari malah ada dibuat pd waktu malam.
Warga emas di Cameron sgt aktif bersenam dan kebanyakannya sgt fit. Hospital pun tak ramai pesakit bgitu juga klinik. Budaya hidup sihat dgn sifat peramah dan santai sangat signifikan di Cameron.
Jadi tidak hairan Cameron Higlands menjadi daerah Paling Bahagia di Malaysia saban tahun














