11 Julai 2010
Ahad 6.30 ptg
Alhamdulillah, sekian lama kepingin nak bersantai di Air Papan, akhirnya tercapai. Ini disebabkan kerosakan jalan yang teruk yang menghalang perjalanan sejak 6 bulan lepas
Biasanya waktu begini kebanyakan pengunjung sudah pun dalam perjalanan pulang ke selatan (sekitar JB, Singapura atau Kluang)
Bahagian kanan jaluran pantai Air Papan, ketika ini air telah surut. Pantai di sini kawasan berpasir kurang dipengaruhi air pasang surut
Anak-anak Mersing kehidupan tak dapat dipisahkan dengan laut
Gerai-gerai makan baru yang selesa. Ada gerai yang meneruskan perniagaan pada waktu malam. Lampu-lampu jalan sudah menerangi bahagian kanan pantai yang satu masa dulu sunyi dan gelap
Ada saja aktiviti bermain pasir bila sudah tiba ke sini
Tiba masa untuk pulang !!
Perjalanan pulang kami melalui jalan baru pantai yang melalui pantai-pantai Tenglu Laut, Tg Genting dan Sri Lalang..Untung juga tinggal di sini kerana suasana begini tidak dirasai di bandar-bandar besar. Malam nanti perlu tidur awal kerana awal pagi esok perlawanan akhir Piala Dunia..
No comments:
Post a Comment