Tarikh : 21 November 2011
Foto : Bangunan Akademik MRSM Mersing
1. Program utama yang ditawarkan di MRSM
Terdapat
empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian
Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan
Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan
pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
i
v. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan p
rogram Ulul Albab dan program IGCSE.
2.Syarat Kelayakan
SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM
1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
i. Bumiputera tahun enam.
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah
Kebangsaan.
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan
5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun
2011.
5. Pemohon akan menduduki
Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh
antara
12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia
Langkah-langkah perlu dibuat :
MEMOHON MELALUI ONLINE :
1. Pemohon boleh mendapatkann
kata laluan dengan
percuma di
semua Pejabat MARA
Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang
berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan
secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa
salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR
2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah
mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan
online dan memastikan
borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila
layari laman web MARA di alamat :
Terpapar setelah klik alamat halaman web di atas:
4. Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan
pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan
temu duga.
Nota Nak isi borang online terus sahaja klik alamat web di bawah :
Akan terpapar :
Jika tiada paparan hendaklah menggunakan Internet Explorer 7 (dan ke atas)
Isikan :
1. No kad pengenalan(KP) atau surat beranak (SB)
2. Katalaluan ( yang diperolehi dari Pejabat Mara Daerah)
3. Klik 'Masuk'
4. Isikan borang
5. Hantar borang secara online (lihat arahan dalam borang)
6. Cetak borang (boleh dilakukan di Kafe Siber)
7. Poskan borang yang dicetak
5. Pemohon mestilah menghantar
cetakan borang serta dokumen yang berkaitan (surat)
ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada
30 November 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 5 Disember 2011.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan
diproses.
3. Selain syarat kelayakan,
keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
i. Bergiat aktif dalam
bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan
persatuan serta pasukan pakaian seragam.
ii. Berasal daripada
keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar
bandar.
4.
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima
sebarang jawapan sehingga 30 April, 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
5. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang
telah ditetapkan oleh MARA.
6. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke
MRSM.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Nota :
Jika terpilih setiap calon yang memohon akan mengikuti
1. Ujian Bertulis iaitu
Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM). Ujian ini biasanya mengandungi
soalan-soalan objektif bahagian sains, matematik, ujian IQ dan sikap
2. Temuduga (Sila bawa
sijil-sijil penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, anugerah akademik dan lain-lain)
Harap bertindak segera.
Semoga berjaya terpilih ke MRSM !!