Kini bukan sahaja dibandar besar seperti Johor Bahru atau pun Segamat, Mersing juga ada peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu seperti asas fotografi, photo editing dan juga bisnes fotografi. NahamPhoto & Pusat Jalur Lebar Komuniti telah menyediakan beberapa modul topik yang dinyatakan diatas dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, penduduk sekitar tidak seharusnya melepaskan peluang yang ada ini. Berikut merupakan beberapa kelas latihan yang akan dianjurkan dari masa ke semasa.
Kelas Asas Fotografi Untuk Remaja
Kelas asas fotografi akan dilakukan jika ada sekumpulan pelajar yang menetapkan tarikh yang mereka rasakan sesuai dan NahamPhoto akan turun untuk mengajar. Lokasi adalah sekitar bandar Mersing. Hari yang dipilih mestilah samada hari Santu atau Ahad. Cadangkan tarikh tersebut dan kami akan maklumkan samada kelas boleh dijalankan atau tidak. Untuk kelas ini, bayaran RM90 seorang dikenakan untuk tempoh masa 9 pagi - 1 petang. Minimum peserta untuk 1 sesi adalah 3 orang. Hanya pelajar yang umur 21 tahun kebawah digalakkan menyertainya.
Pra Kursus Formula & Strategi Menjadi Jurufoto Kahwin Cara NahamPhoto
Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 9 pagi- 1 ptg
Institut Latihan Perindustrian Mersing
Bayaran : RM50
Bilangan peserta : Maksimum 20 orang
Objektif :
1) Memberi pendedahan mengenai bisnes fotografi perkahwinan
2) Menyatakan persediaan yang perlu ada menjadi jurufoto kahwin
3) Menerangkan kemahiran, teknik & komunikasi untuk berurusan dengan pelanggan
4) Memberikan idea perancangan, pemasaran & proses post production.
Persoalan yang selalu ditimbulkan apabila ingin menjalankan bisnes fotografi perkahwinan adalah berapakan modal yang diperlukan? Apakah peralatan minimum yang perlu ada? Bagaimana menetapkan harga pakej? Apakah setting yang sesuai apabila bertugas? Bagaimana cara menghadapi karenah pelanggan? Bagaimana cara untuk membuat promosi? Semuanya akan cuba kami terangkan...
Berdasarkan pengalaman menjalankan bisnes ini sejak 2005, kami menyusun modul penuh dengan 3 bahagian topik besar iaitu;
1) Sebelum bertugas
2) Semasa bertugas
3) Selepas bertugas
Dalam bahagian ini pula terdapat 2 fasa formula cara NahamPhoto yang dimulai dengan huruf 'M'. Fasa tersebut adalah;
1) Baru memulakan bisnes
2) Setelah bisnes stabil
Terdapat lebih dari 30 'M' formula NahamPhoto tetapi kami akan kongsikan beberapa formula sahaja dalam fasa 1 sahaja sebagai pengenalan. Eksklusif dan tidak pernah dikongsikan sebelum ini. Jangan lepaskan peluang. Boleh mendaftar sekarang
Bengkel 17 Teknik Mudah Mengedit Gambar Menggunakan Photoshop
Tarikh : 1 Julai 2012 (Ahad)
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : Pusat Jalur Lebaer Komuniti Teriang Besar (Endau)
Bayaran : RM 70 seorang
Hanya 8 orang sahaja peserta untuk sesi ini
Cara Mendaftar Untuk Semua Kelas Diatas
Sila masukkan deposit RM50 atau bayaran penuh ke akaun Maybank Naham Photo Enterprise : 5013 4720 2731 dan SMS maklumat bayaran ke 013-744 3734. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon tersebut atau e-mel ke info@nahamphoto.com. Layari http://blog.nahamphoto.com untuk melihat laporan atau kelas latihan yang telah kami jalankan atau yang akan dijalankan. Terima kasih.
Rasmi : http://www.nahamphoto.com
Blog : http://blog.nahamphoto.com
Facebook : http://www.facebook.com/nahamphoto
Youtube : http://www.youtube.com/user/nahamphoto
Twitter : http://twitter.com/nahamphoto
Flickr : http://www.flickr.com/photos/nahamphoto
Google + : http://plus.google.com/115279774621592625341
No comments:
Post a Comment