1 Ogos 2012
3.00 petang
SK Sri Mersing
Pada bulan Ramadhan ini Sir Ng tetap komited melaksanakan semua latihan yang dijadualkan. Cuma latihan dipendekkan kepada 1 jam.
Selain daripada ujian talipinggang yang ditambah kepada 3 kali setahun, Taekwondo WTF yang sejak penubuhannya mementingkan kaki dan tangan sebagai alat mempertahankan diri kini telah membuat revolusi silibusnya kepada kemahiran senjata ( weapon art). Ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu kerana seni mempertahankan diri yang mempunyai senjata rasmi mempunyai kelebihan tersendiri.
Antara senjata yang diperkenalkan di peringkat asas sehingga tali pinggang hitam ialah Nunchaku (cambuk) . Pelatih-pelatih taekwondo peringakat sekolah rendah amat gemarkan latihan ini. Latihan ini akan diselang-seli dengan sparring dan kemahiran-kemahiran lain untuk meningkatkan kemahiran dan sifat serba-boleh ahli-ahlinya. Semua pengajar kemahiran senjata ini mempunyai kemahiran yang tinggi penggunaan senjata ini.
Pelajar tali pinggang biru sedang berlatih dengan Nunchaku..
Selain dari Nunchaku, khabarnya penggunaan senjata pedang dan pisau akan diperkenalkan mulai di peringkat tali pinggang 4th Dan.
Video latihan ..
Sebenarnya di Korea iaitu tempat lahirnya taekwondo itu sendiri banyak sekolah Taekwondo sudah lama memperkenalkan kemahiran senjata. Ini menambah versatility ( sifat kebolehan pelbagai) untuk menghadapi musuh-musuh yang berniat jahat yang mempunyai pelbagai kebolehan. Selain dari itu kemahiran senjata akan meningkat kebolehan psikomotor, otak kanan dan juga minat dalam mempelajari seni pertahanan diri taekwondo
Saksikan video latihan Nunchaku...

Video
Lagi maklumat tentang aktiviti, jadual dan pendaftaran latihan Taekwondo Mersing boleh klik di bawah..
No comments:
Post a Comment