Sumber : Perbincangan di FB
Ideologi
komunis tetap tidak diterima oleh umat Melayu dan haram dalam Islam.
Walaupun memperjuangkan sesama hak realitinya kuasa ekonomi dipegang
oleh kumpulan yg memerintah. Dalam erti kata lain pd hakikatnya mereka
adalah kapitalis. Pemusnahan nyawa hingga berjuta, amalan dan tempat
beribadah agama berlaku besar-besaran di Soviet Union dan China dlm
sejarahnya. Keterlibatan sbhagian orang Melayu dlm komunis semasa
pendudukan Jepun ialah kerana menjadikan pergerakan komunis sebagai
wadah atau platform kerana mereka mempunyai rangkaian telekomunikasi dan
persenjataan yg baik. Orang Melayu dlm Regimen PKM semasa British
hampir keseluruhannya dipaksa. Kisah ini dari mulut arwah datuk,nenek
dan moyang saya sendiri Temerloh iaitu di Lubuk Kawah tempat lahirnya
regimen komunis orang Melayu. Generasi muda jgn terpengaruh dgn sedikit
kebaikan mereka buat. Kemudaratan komunis jauh lebih besar dari
manafaat. Sokongan kpd komunis skrg kerana ada agenda tersendiri. Al
fatihah kpd semua tentera dan polis yg gugur menentang komunis serta
beribu2 penduduk Melayu yg terkorban akibat kekejaman mereka. Orang
mukmin takkan disengat dari lubang yg sama !
Ulasan :
Mr NKM : Tali
barut penjajah dianggap hero, yg menetang penjajah dianggap
pengkhianat..apa punya sistem ni, penulisan sejarah dri kaca mata siapa?
penjajah dan talibarutnya.
Mind Installer Penentang
penjajah tak semuanya nak melahirkan negara yg berlandaskan kpentingan
bangsa Melayu sbgai pemegang asal kerajaan nusantara. Juga komunis anti
agama sudah terbukti, kamu kluarlah teori dan mereka dlm komunis dan
diperintah komunis tahu bagaimana.
Mr NKM : betul,
kita pun tak sokong komunis ni cuma pd ketika itu, saat itu mrk pun
melawan penjajah juge, setakat itu je la..period..Kalau mrk menang,
sudah pasti citer dh jadi lain. Cuma kaki spin ni tak sebut bab itu, mrk
sebut bab org melayu yg melawan komunis itu menjadi korban,pd hal polis
dll pd ketika itu berkerja dgn penjajah. Lepas kita merdeka tu citer
lain pula la.
Mr MF :tujuan utama mereka menentang penjajah, mengapa rakyat biasa dibunuh?
Mr NKM : satu persoalan yg cukup baik, sb itu perlu ada kajian tanpa campur tgn politik atau mana2 pihak, dokumen ada kt Arkib Negara tu
Mind Installer Bukan
rakyat tetapi raja melayu ditangkap dan cuba dibunuh. Kisah Almarhum
Sultan Abu Bakar hampir dibunuh sepatut jd pgajaran. Terdapat segelintir
orang kita bukan shj nak mgingat komunis juga menentang penjajah tp
cuba mendewa dan mencari justifikasi sistem komunis lebih baik dan adil
Mind Installer Bukan
rakyat tetapi raja melayu ditangkap dan cuba dibunuh. Kisah Almarhum
Sultan Abu Bakar hampir dibunuh sepatut jd pgajaran. Terdapat segelintir
orang kita bukan shj nak mgingat komunis juga menentang penjajah tp
cuba mendewa dan mencari justifikasi sistem komunis lebih baik dan adil
Mind Installer Komunis
jgn kita skop mereka masih dlm peringkat mendapatkan negara. Kamu
sebagai ahli sejarah kena lihat apa yg berlaku ketika komunis sudah
mendapat pemerintahan spt di China, Soviet, Eropah Timur. Hakikat
komunis bukan penguasaan sama rata oleh pekerja/petani
dgn menghapuskan tuan ladang tetapi hakikatnya penguasaan politburo dan
kroni mguasai ekonomi secara total. Maknanya komunis ialah ibu segala
kapitalis, ibu segala atheist dan diktator
Mr NKM :klu
nk mendewakan komunis mmg tak patut la tapi kita harus tahu rahsia
mereka, formula mereka memajukan negara mereka tak sampai 30thn, adakah
mereka meniru sistem khalifah dan ubah mengikut citarasa mereka. Kita yg
ada sistem ni p ikut sistem kapitalis sepenuhnya, hari ni dh senak
perot dh, hutang 500billion
Mind Installer Baca
betul2 posting di atas. Cuma nak tanya kamu sanggup hidup spt di
Soviet, China dan negara eropah timur di mana nak mgamal asas agama pun
dlm ketakutan? Juga bila2 masa diri, anak atau isteri diangkut naik
trak? Dlm sistem demokrasi beraja masih ada baiknya, masih ada
penambahbaikan, masih ada ruang utk institusi agama dan bangsa..
Mind Installer Institusi
beraj melayu berasaskn sistem khalifah juga. Maknanya sistem kita boleh
ditambah baik. Kita menunggu usaha semua agar umat dididik dan
disedarkan sehingga kita mdapat pemimpin yg terbaik utk itu. Kita tak
mahu mendengar guruh di langit air setempayan dicurahka
Mr KM :Kalau
dh ada ruang kenapa tak buat penambahbaikkan, buatlah tumpang masih
berkuasa, tunggu apa lagi. Hutang pun dh meningkat, Riba pun masih
berterusan. Kamu sanggup ka ddk di Soviet,China dan negara Eropah timur
kalau tak sanggup takpayah tanya la. Institusi beraja kekalkan, siapa yg
nk hapuskan?
Mind Installer Komunis
dlm tindakannya di malaya mmg menunjuk dgn jelas utk mghapuskan sistem
beraja melayu. Maknanya mereka nak hapuskan identiti bangsa Melayu itu
sendiri. Tak pyahlah kita nak mengigat tokoh komunis yg berniat ke arah
itu dan telah membunuh ribuan darah anak melayu dan ulama'. Kekuatan
China bukan atas komunis. Kekuatan China atas sifat bangsa Cina itu
sendiri. Duduklah dlm sistem apa mereka akan bangkit. Sistem beraja Ming
ka, sistem di bawah Manchu ka, sistem bawah komunis ka atau nasionalis
kuomintang ttap juga mereka akan bangkit. Walaupun di negara China
mahupun ketika mjdi pendatang di negar2 asia, eropah atau Amerika.
Kelemahan Melayu ialah mereka telah lupa kekuatan dan jatidiri mereka
dulu
Mr NKM :Saya
tak sokong ideologi mereka, jadi sy setuju pendapat saudara. Cuma bagi
sy terlalu bnyk perihal sejarah tanah air kita dibenamkan oleh penjajah
termasuk sejarah khalifah dinusantara, kosong Baitulmal dirompak mereka.
Insyallah akan dapat balik bagi
menampung hutang 500billion itu. Bagi sy, siapa yg nk menjadi sultan tu
cerita lain, klu yg ada bersetuju dgn pemerintahan islam, kekalkanlah.
Khalifah adalah Yang DiPertuan Agong yg tetap, sementara raja negeri2
menjadi wakil Khalifah dan menjalankan pentadbiran Islam secara
menyeluruh. Tak ada lagi nk rotate mcm rumah tak ada tuan. Masa ini
baharulah Melayu Islam akan bangkit semula, bersatu dibawah Khalifah,
tak ada dah nk gaduh bab parti politik ni semua. Jati diri Melayu
hanyalah melalui Islam,tiada lain.
Mr NKM : stuju, Islam kita martabatkan dulu dan InsyaAllah Melayu kan gagah di Nusantara.