Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis
mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan
Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi
tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang
halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta
Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang
Hilang merupakan tajuk yang paling baik.
Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar
dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja
kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah
leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar
mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.
Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus
anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu
definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami
perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan
artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas
berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.
Rujuk:
http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/rumpun-melayu-dan-pribumi-sabah-sarawak/288291507890575
Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan
kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas
kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan
kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan
Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita
ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.
Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000
tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan
ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan
menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji
berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar
pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan
berhala dan matahari mereka.
Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta
orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu
membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik
orang Melayu.
TETAPI...
Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah
menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam
bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa
keempat Lemuria merupakan
malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.
Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara. (Peta di bawah)
Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan
Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang
diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa
saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908),
SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria
dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo,
gelandangan daripada Lemuria.
Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi
tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan
Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu
Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa
Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu
masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.
Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi
Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost
Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam
bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)
Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia
bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai
bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan
bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan
wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar
antropologi pada hari ini.
Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis
Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa
termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai
tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai
dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat
mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat
mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah
angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan
hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.
Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi
Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang
berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal
terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang
menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah
kalah dalam peperangan derngan Atlantis).
Plato dalam bukunya:
"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa
lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu
muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"
Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:
"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan
Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan
janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu,
kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)
Dan...
"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis
haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah
ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah
orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut
bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)
Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina
sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak
jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat
singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang
hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni
itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka
bumi ini.
Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana
banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di
sini?
Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis
ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi
yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah
kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator
raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga
digunakan untuk perubatan.
Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak
sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat
mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini
sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai
bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh.
Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga
semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH
mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang
akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya...
terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.
Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan
Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan
Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak
lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai
Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda
dunia.
Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar
mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan
keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan
paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan
raya di Talia, Sepanyol.
Kerajaan Aroi Matahari
Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa
Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan
sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan
Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh
sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan
Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni
oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.
Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki.
Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja
memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian,
pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk
pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga
menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir
besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear
mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.
Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil
alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang
didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada
kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di
bawah)
Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada
tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek
moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa
orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan
bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang
tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina
lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu
membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah
empayarnya.
Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi
sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat
melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita.
Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan
melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.
Kesimpulan
Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih
bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka,
Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang,
beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih
kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil
kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang
kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi...
Rujukan:
- The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer.
- Far out adventure: The Best World Explorer oleh David Hatcher Childress.
- Our Journey Through Time oleh John C. Carnes.
- The Ancients oleh Fernando Gallegos.
- The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria oleh W. Eliotscot.
- The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos
- The Solar System Oleh Powell
Ulasan :