Mulai jam 2.00 ptg semua pelajar dibenarkan pulang. kebanyakannya pulang di sekitar johor terutamanya ke Johor Bahru namun ada yang terpaksa seharian dalam bas ke tempat seperti Kota Bahru, Kuala Lumpur ataupun Kedah..
Seperti biasa pesanan kepada pelajar-pelajar:
-Berhati-hati semasa perjalanan pulang dan kembali.Pastikan keselamatan diri diutamakan iaitu berada berkumpulan,menghubungi ibu bapa masa bas dijangka sampai dan sentiasa membantu dan memerhati rakan-rakan kita.
-Siapkan kerja rumah
-beramah mesra dengan ibu bapa dan keluarga yang telah lama ditinggalkan. Berilah ucapan dan kata-kata yang paling baik dan manis didengari oleh mereka
-Bantulah ibu memasak makanan kegemaran
-Jika melayari internet cubalah mengikuti forum2 ilmiah,website/blog yang berkaitan dengan pelajaran, hobi, isu semasa, agama dan dakwah, IT, karier, youtube dll yang boleh membantu kehidupan kita masakini dan akan datang.Kurangkan masa bersosial di friendster atau Myspace kecuali anda betul-betul boring
-berilah motivasi pada adik-adik (secara tak langsung kpd anda juga) agar mereka sentiasa bersemangat meningkatkan martabat keluarga agama dan bangsa
Pesanan kepada guru dan staf:
-Pastikan kenderaan anda berada pada tahap yang memuaskan
-Semua barang dan alatan yang sepatutnya di bawa untuk anda dan anak-anak disenaraikan (check-list) dan juga kad rawatan dibawa pulang.
-Lastly :
Kepada yang mendaftar sebagai pemilih :
Gunakanlah hak anda sebaik-baiknya. Undilah calon-calon yang amanah dan berwibawa iaitu mereka yang diyakini akan membawa hala tuju negara(termasuk pendidikan) ke arah aman, kemakmuran dan keselamatan.Pandanglah wajah anak-anak atau adik-adik kita dan bertanya " Apakah ada masa depan dari segi ekonomi dan penghayatan sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu apabila diperintah oleh mereka?"..Dalam hayat sebagai insan ,setiap individu diberi 2 jalan (iaitu kebaikan dan kebatilan)(maksud Al-Quran). Tiada manusia sama ada Islam, kafir, Melayu, India, Americans atau lain-lainnya boleh 'claim' bahawasanya dia tidak diberi maklumat yang cukup tentang apa yang haq dan apa yang batil..Jika dia masih belum 'faham' tentang kebenaran(haq) ini bermakna beliau masih ada 'kepentingan diri' dan dikuasai nafsu peringkat rendah.Tinggal lagi iman dan akal memilih yang mana satu..Selamat Mengundi untuk Malaysia !!!
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment