Ingin saya berkongsi maklumat mengenai sumber bacaan tentang perubatan Islam. Sebagai salah sebuah sekolah terulung dalam negara pasti ramai warga pelajar maktab ini yang meminati bidang perubatan. Malah sudah tentu bercita untuk menyambung pengajian menjadi bakal doktor perubatan. Mereka yang sudah berada dalam fakulti perubatan pun tentu ramai bilangannya (di merata pelosok dunia pulak tu!).
Dalam merayau-rayau ke sana-sini di alam siber saya terjumpa satu laman yang menyimpan banyak maklumat mengenai perubatan Islam. Bukanlah sangat menyimpan petua perubatan atau menjaga kesihatan. Tetapi lebih kepada khazanah perkembangan sejarah perubatan Islam. Cubalah lawati ishim.net - International Society for the History of Islamic Medicine. Jangan lupa untuk singgah di ruang jurnal yang menyimpan banyak sekali artikel ilmiah yang amat berharga. Begitu banyak tulisan tentang kegemilangan perubatan Islam tersimpan di sana.
Sebagai contoh ketokohan al-Razi dan Ibnu Sina dan bagaimana sumbangan mereka ini akhirnya diketengahkan sebagai tamadun Barat oleh nama seperti Baker dan Brooke dapat kita baca - di sini. Sejarah mengenai kajian diabetes sejak zaman antiquiti membawa kepada zaman Ibnu Sina dan Greco-Roman boleh dapat di temui di sini.
Deretan buku Islam terbitan Routledge tersimpan di sebuah perpustakaan ipta
Buku terbitan Routledge rata-rata harga sebuah sekitar Rm200 ke Rm800. Kalau ada 40 buah buku dah berapa tu. Hmm lebih Rm12,000 dah tentu. Hargailah ilmu dan kalau dapat manafaatkan sebanyak mungkin kitab yang ada !
- - - - -
2 comments:
Salam.Saya sentiasa menunggu2 entry terbaru dr mr qilla. Satu info yg amat penting buat masyarakat kita yg kurang membaca dan kuat berhibur. Minda bangsa kita takkan cemerlang selagi sikap tersebut tidak diperbaiki.
Selamat Hari Raya Idul Fitri buat Mr Qilla & Family. Moga perjalanan balik kampung lancar & bergembira di hari mulia.
Mohon Maaf Zahir Batin dari saya & warga MRSM Mersing
Terima kasih dan juga selamat berlebaran.
Berhibur tu bolih tapi biar berpada. Jangan pulak sampai ke tahap hedonism.
Post a Comment