Restaurant Bangkok Station, Ampang, Selangor-06 sept 2009
Setelah beberapa kali perancangan membuat gathering bersama kawan-kawan lama dari MRSM Mersing tidak menjadi, iftar (berbuka puasa) baru-baru berjaya menemukan kami semula. Ada kawan yang 6 tahun tidak berjumpa semenjak meninggalkan maktab kat mersing yang jauh nun di sana.. Walaupun hanya separuh dari kelas zuhal batch spm 2003 yang hadir,kemeriahan masih terasa.. Gelagat, perangai dan gaya masing-masing masih sama seperti dulu..Mengingatkan aku akan suasana seperti di maktab dulu.. Separuh yang hadir pun dah cukup meriah dengan mengegarkan restauran ini dengan suara dan hilai ketawa dari kami sahaja, itu belum lagi kalau semua hadir pasti akan lagi meriah... Kelas kami dulu memang terkenal dengan kemeriahan dan kebisingan masa kat maktab dulu terutama waktu 'prep', tapi kelas kami jugak hebat dari segi akademik.. banyak juga award yang kami dapat.. Semua itu masih menjadi kenangan terindah..
Yelah, bila lama tak berjumpa, banyak cerita yang hendak dikongsi bersama.. Dan sekarang ni, hampir semua sudah tamat belajar di U dan sudah memasuki alam pekerjaan.. Semua sudah menceburi bidang profesional masing-masing seperti yang diimpikan di maktab dulu...Aku berbangga dengan kalian semua.. Semua bakal menjadi orang hebat di masa hadapan...Caiyok2!..
Selepas ini kita tunggu dan lihat siapa budak zuhal ini yang bakal kahwin dahulu? ye lah, masing-masing dah besar dan cukup matang untuk kahwin kan ?.. kerja pun dah selesa..dan reunion masa-masa mendatang bawalah pasangan dan anak sekali lah yek.. keluarga zuhalianz bakal membesar tidak lama lagi.. nantikan!..
Antara yang hadir:Spike ( nama nickname aku masa kat maktab dulu..hehe), pakcik, epul, paktam, faiq, hana, zaza, farehah, ain, aimi, zira dan ash..
Di bawah ini adalah suasana di dalam restaurant ini..Simple tapi nampak ekslusif juga lah..Dan makanan nya boleh tahan lah rasanya...Berdekatan dengan Ampang waterfront..
1 comment:
sgt terharu sebab masukkan cerita pasal reunion kami baru-baru ini..
kami adalah anak homeroom cikgu masa di maktab dulu...batch ke-2 pada masa itu...iaitu homeroom intelek..pada masa itu kami semua ni masih 'budak-budak' lagi lah kan?..huhu...
kesempatan ini nak ucapkan thanks 4everything atas segala jasa cikgu,dan teruskan berkhidmat untuk mrsm mersing...
kalo ade rezeki,mahu berkunjung kembali ke sana..
-dan selamat berpuasa untuk baki separuh ramadhan ini sebelum menghadapi syawal nanti...salam ramadhan al-kareem
Post a Comment