Majlis perpisahan Allahyarham di SMK Anjung Batu (penyerahan tugas HEM)
Sumber : Portal SMK Anjung Batu
Sumber : Portal SMK Anjung Batu
Pemergian Cikgu Hj Azman b. Asran pagi tadi sungguh mengejutkan buat para pendidik dan juga penduduk Mersing. Sewaktu penulis keluar dari rumah di Taman Intan Jaya, jalan Endau jam 6.47 pagi sebuah ambulan dengan siren pantas bergerak dari bandar Mersing ke arah Endau. Berasa tak sedap hati kerana biasanya jika begitu keadaannya satu kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan telah berlaku.
Sebaik tamat kelas pagi, Presiden Kagum, Sir Saiful Hairin menyampaikan perkhabaran yang mengejutkan tersebut. Khabarnya beliau dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebagai Guru Penolong Kanan SMK Nitar. Sebuah kereta Viva dipandu oleh seorang anggota polis yang hendak ke Kuantan dikatakan tidak dapat dikawal terbabas dalam arah melintang. Allahyarham cuba mengelak lalu kereta Nissan Serena beliau terbabas. Anak lelaki beliau cedera di tangan, anak jiran yang menumpang patah kaki dan beliau sendiri tercampak keluar dari kereta . Cikgu Zaleha isteri beliau yang dalam perjalanan ke SMK Tenggaroh berpatah balik dikatakan sempat memangku Allahyarham dalam keadaan yang kritikal. Setiba di hospital khabarnya Cikgu Azman telah menghembuskan nafas yang terakhir. Biasanya kalau berselisih kereta, pasti Allahyarham akan mengangkat tangan. Apatah lagi kereta kami jenama sama & juga warnanya.
Cikgu Azman sangat dikenali sebagai GPK HEM di SMK Anjung Batu. Sikap yang ramah dan sentiasa tenang serta merendah diri dihormati oleh guru-guru di sana. Jika terjumpa di bank atau kedai pada waktu petang pasti beliau akan menegur dengan senyuman yang begitu ikhlas.
Isteri Allahyarham, Hjh Zaliha , Pengetua SMK Tenggaroh dahulunya AJK Muafakat MRSM Mersing kerana mereka mempunyai anak lelaki pelajar di sini.(tak ingat tahun berapa SPM nya). Beliau juga peramah dan mesra dan pandai memberi pandangan dan nasihat yang baik tentang kerja dan keluarga.
Terasa benar kehilangan beliau,diharap keluarga Allahyarham dapat bersabar atas ketentuan ini. Kami warga MRSM Mersing mengucapkan takziah kepada keluarga dan warga kerja SMK Nitar. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di akhirat sana. Aminn
7 comments:
Cikgu Rahman,
Salah seorang anak Allahyarham - Harith (ex-Mrsm SPM 2008) kini di Utm. Beliau mengikuti BEng (Mechanical)tahun pertama. Kini sedang dalam minggu peperiksaan akhir. Semoga beliau tabah dengan dugaan yang menimpa.
Cikgu,
Pembetulan - SPM 2007.
Salam Mr qilla,
Terima kasih atas info tersebut.Rindu dah terubat sejak sekian lama tuan tak ke sini. Sunyi kerana entri secara individu. Blog Geopractice yg di link ke blog ini sarat dengan pelbagai ilmu dan pandangan yang bernas.
Tentang anak arwah, besar sungguh ujian yang diterima.Moga beliau tabah menghadapinya.
Kenapa, kenapa, mengapa..apa2 musibah yg berlaku. Manusia tak terjangkau akan hikmahNya
Cikgu,
InsyaAllah ada kesempatan nanti saya cuba tulis entri ke tempat tuan. Nak cari sesuatu yang boleh dikongsi tu rasa tertanya2 secocok ke tak?
Mr qilla,
Tuan lebih arif ttg target audience yg diinginkan.
salam...
terima ksih cikgu.. terima kasih byk2 sy ucapkan... esok sya balik ke utm setelah bberapa hari di rumah... xterasa pon masa berlalu.. amat cepat.. xtrasa pon pemergian arwah... terutama pada masa2 ni.. sy ada lagi 4 paper nak ambil.... tp alahamdulillah... tuhan tu maha adil dan mengetahui.. Dia dah susun jadual exam sya cukup kemas... atara paper pertama dengan paper kedua.. ada gap semingu.. dalam masa semiggu tu lah arwah meninggalkan kami sekeluarga.. permergian bukan lah boleh terubat dgn tangisan, tetapi dgn doa2, dr kawan2 dan juga anak2... kalau cikgu berkesempatan, jemput la kerumah saya pada selasa mlm rabu ni.. ada tahlil arwah ... terima kasih byk2 cikgu atas igtan...
titipkan salam sy buat warga mrsm mersing terutama kepada ustazah ishqi...
alfatihah utk arwah ayah
(cikgu md azman bin asran@ashan : 1959-2010)
hariz azman
emel: ariz_zz@yahoo.com.my (fb)
InsyaAllah Hariz,saya selalu ingatkan pelajar saya apakah kekuatan & persediaan semua menghadapi saat-saat begini.Pada akhirnya suka atau tidak, logik atau tidak,kita semua akan meninggalkan dunia yang kita sayang ini.Kematian menjadikan hidup ini tak ternilai. Saya dan guru-guru mengdoakan kejayaan Hariz sentiasa.
Post a Comment