Lokasi : Taman Pantai Tanjung Genting
Bagaimana ke sana :
Dari bandar Mersing ambil jalan ke Kuantan/Endau. Ambil mana-mana simpang kiri ke pantai. Jika dari Tanjung atau Pantai Sri Lalang, terus ambil laluan pantai tersebut ke jalan baru menuju ke Air Papan. Anda akan melalui belakang sekolah SMK Mersing. Lebihkurang 2km anda akan tiba di taman ini. Berhadapan dengan taman ini adalah Tabika Kemas dan Balai Raya

Pohon yang rendang dibiarkan tumbuh di taman ini. Pulau Setindan ikon kepada Mersing berada paling dekat pada lokasi ini. Semasa air laut surut, pelawat boleh berjalan kaki menyeberangi pasir berlumpur ke pulau ini. Jaraknya lebih kurang 3km. Jika anda tak sempat pulang ketika air pasang ada 2 kemungkinan; lemas atau terpaksa bermalam di pulau yang tiada berpenghuni manusia tetapi penuh dengan babi hutan !
t
Bila nak balik ternampak gerai terletak dihujung sebelah kanan taman..Gerai Mat Salai !!! semua burger daging salai, ayam salai, kambing salai..sedappp
Duduk dipangkin marmar sambil tunggu Mat Salai siap digoreng..Sebelah gerai Mat Salai ada Gerai Jambu Pak Chu yg famous juga
Cantik betul pemandangan senja..kamera handset ni tak dpt memapar imej sebenar. patut la bila dah berhijrah lebih 5 tahun ke Mersing dah tak mau balik kampung sendiri lama2 time cuti2nd Day :
No comments:
Post a Comment