Ideologi yang diminati ramai masa kini
Oleh puak kanan dan puak kiri
Boleh dinamakan Duitologi
Yakni bukan lagi Demokrasi
Fahaman sosialisme kini sudah basi
Begitu juga kesatuan sekerja dan koperasi
Kerana budak-budak pejabat dan kerani
Para pegawai serta menteri pun duit cari
Para sasterawan mencetak, menjual antologi
Yang mengandungi puisi-puisi yang dah basi
Ada yang rugi dan tak dapat royalti
Tapi mereka megah kerana dipuji-puji
Kerana tak naik gaji mereka pun mencuri
Ada yang mengedar dadah benda yang keji
Dan ada pula yang cuba main judi
Nak dapat duit setinggi berdiri
Tiap-tiap hari kita dengar darihal duit
Di Bayan Lepas terjumpa duit satu kampit
Di Johor Bharu hilang RM500,000 duit exibit
Di Puduraya RM200,000 hilang sebab terhimpit
Dalam Tabung Haji ramai yang cari duit
Sehelai sejadah dijual 48 ringgit
Orang-orang parti politik ramai terbabit
Duitologi kini menjadi sejenis penyakit
Apabila dapat duit banyak-banyak
Mulalah mereka itu mendongak berlagak
Mulalah membeli benda-benda tak mustahak
Dan kenallah mereka itu jenis-jenis arak
Maka merintihlah golongan tak berada
Atau yang digelar rakyat jelata
Anak-anak ayamku ada tiga
Mati seekor tinggal dua
Bila UMNO dan PAS berlaga
Malaysia akan jadi huru-hara
Anak ayamku hanya tinggal dua
Mati seekor lagi, tinggal lah satu
Negara Malaysia tentu huru hara
Bila rakyat nya tidak bersatu
Anak ayamku hanya tinggal satu
Itu pun mati disambar gagak
Bila rakyat Malaysia tidak bersatu
Musuh-musuh nya pun tergelak-gelak
Orang-orang kaya akan lari ke London
Disana sudah ada berbagai kemudahan
Ada istana-istana dan rumah-rumah sewaan
Lengkap dengan dayang-dayang suruhan
Hal-hal agama jangan lah dibuat mainan
Peristiwa-peristiwa purba jadikan tauladan
Bila berkelahi ayam-ayam satu reban
Ular sawa,biawak dan musang kekenyangan
Berdebatlah! kata hang yang berTuah
Baguslah,kata hang-hang yang berJebat
Maka bersoraklah pengedar dan penagih dadah
Astaghfirullah,la-ilaha-illallah,kata......
By Pak Sako ,1981
No comments:
Post a Comment