27 September 2010
6.00 petang
Cuaca : Hujan & berangin
Entah macamana dan tak dirancang, setelah 2 kali angkut bebudak ke klinik dan membuang 'sisa bunga' di jeti terapung berhadapan Pasaraya Kini terpandang Cafe Buluh Wangi. Dalam cuaca yang dingin, hujan turun renyai2 & berangin ni teringat pau yang enak yang pernah dinikmati di situ
Sebaik sahaja duduk di meja cafe, menu diserahkan oleh pembantu kedai. Pau sudah dipotong nama dari senarai hidangan. Bebudak order strawberry ais blended & mi goreng
Aku terpaksa order Roti Bawang . Cantik roti ni cuma kuah kari terdapat ketulan leher2 ayam (mangsa pembunuhan terhormat).
Just nak info : Set meja makan dan susunan di cafe ini begitu cantik, bersih dan kemas
Juga side order cucur bilis (orang kg panggil cekodok atau kodok jer)
Order Mi Goreng tapi yang tiba Mi Kuah
Cuaca pun begitu mengizinkan dan menambah selera kami anak-beranak petang tu. Roti bawang & aroma serta rasa kari begitu membuka selera . Cucur bilis yang dipesan juga buat kali pertama (biasanya cucur udang) dihidang panas-panas.Terasa nak puji jugak sebab dah lama tak menikmati rasa cucur udang yg begitu eksklusif !!
Pengunjung2 cafe agak ramai kerana office hour dah sejam berlalu. Kebanyakannya datang bersama2 dengan rakan atau keluarga berkumpul sambil bersembang-sembang. Suasana begitu santai dan ada dalam 8 orang pengunjung membuka laptop untuk melayari internet (Public Wifi disediakan). Walaupun ramai, ruang cafe yang luas dan terbuka tetap menjanjikan keselesaan.
Tiba masa membayar..Total kos : RM 20.80..Hmm..memang berbaloi... Rugi rasanya jika ke Mersing tak singgah mengeteh di Cafe Buluh Wangi !!
Untuk ke situ, dari JB ambil simpang kiri ke Pasaraya Kini sebelum Stesen Minyak Esso. Terletak betul2 bersebelahan Hotel D'View yang popular tu..
No comments:
Post a Comment