Mengapa Perlu BERPUASA ??
PUASA
adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib.
Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24
jam dari ketika kita tidak makan dan minum.
Puasa belum bermula
dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan
sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat
dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.
Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan
digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut
sebagai puasa tetapi kebuluran.
Berdasarkan kepada fakta ini,
seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa
makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air
yang berterusan, dan tidak terdedah kepada anasir-anasir toksik dan
pencemaran seperti penyakit berjangkit.
Manfaat Puasa
Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan
fungsi-fungsi fisiologinya. Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam
tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti, usus
yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan
dan sebagainya semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan.
Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan
simpanan tenaga dalam badan kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan
kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan sumber tenaga
dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis
yang memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi
sumber tenaga.
Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak
akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan keton tubuh, yang
kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama
badan tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih
banyak keton yang dihasilkan.
Beberapa manfaat puasa:
Detoksifikasi
Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang,
menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar,
hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini
dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan
dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.
Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori
setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan
sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap
aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga
cukup untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk
lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil
setiap hari.
Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita?
Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis
menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan
ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang
disebut di atas.
Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan
bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan
tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan
melalui air kencing, peluh dan najis.
Proses Penyembuhan
Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran
pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya)
kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.
Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada
selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak
mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses
penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem
imuniti badan kita.
Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara
terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien
jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa
membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan
untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.
Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita
disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang
menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu
proses penyembuhan lebih efektif.
Proses Rejuvenasi/Mempermuda
Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif,
sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon
dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya
menyebabkan jangka hayat yang lebih baik. Selain dari produksi hormon
tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga
bertambah penghasilannya semasa puasa.
Meningkatkan Ketajaman Mental
Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam
aliran darah, kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita
makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus
untuk proses penghadaman.
Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan
di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini
tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa. Pada awalnya
kita akan berasa pening, sugul dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga
hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin yang ada
selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.
Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari
toksik dan menjadikan kemampuan berfikir lebih tinggi. Kita menjadi
lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam
fikiran.
Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah
semasa berpuasa kita kurang bergantung kepada makanan secara emosinya,
kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti kafein,
gula dan rokok. Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa,
selepas 20 Ramadan.
Sumber : http://haluan.org.my/
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing
No comments:
Post a Comment