Akhirnya setelah sekian lama tidak kelihatan kerja-kerja permulaan yang serius di perairan pantai Mersing juga desas-desus keraguan tentang kemampuan kontraktor luar negara yang terlibat maka teka-teki ini yang menyelubungi warga Mersing terjawab. Projek permata Mersing ini iaitu Mersing Laguna telah dibatalkan.Begitulah kesudahan semua impian dan kenangan manis penduduk di sini. Begitupun dengan aset keindahan semula jadi marin, InsyaAllah akan ada projek seumpama pada masa depan di sini.
Apa yang perlu difokuskan sekarang ialah janji sejak berpuluh tahun lalu ialah menaik taraf jalan raya yang selama ini 'memutuskan' hubungan Mersing dengan Pantai Barat serta Johor Bahru. Sekiranya jalan Mersing-Kluang dan Mersing-Kota Tinggi dinaik taraf seperti jalan Kluang-Batu Pahat sudah cukup menarik ramai pengunjung dan pelabur dari luar untuk meningkatkan pembangunan Mersing. Jalan yang ada terlalu rendah kualiti, bengkang -bengkok, sempit , sunyi malah penuh risiko untuk dilalui pada waktu malam hari atau awal pagi. Penduduk Mersing dahagakan lebuhraya tersebut yang dijanjikan setiap kali pilihanraya umum. Lebih mewajarkan lagi kerana kini sudah banyak institusi seperti MRSM, sekolah sains, politeknik,kem gerak khas dan banyak program swasta dan agensi kerajaan menjadikan Mersing pilihan utama. Malah berpuluh chalet dan resort baru telah dibina dan sentiasa dipenuhi pengunjung. Ini bertepatan dengan slogan Kemerdekaan ke-55 iaitu Janji Ditepati !
( Foto terkini dari akhbar Sinar Harian)
Sumber : Bernama
Sabtu September 8, 2012
Projek Mersing Laguna Dibatal, Titah Sultan Johor
MERSING: Sultan Johor bertitah projek pembangunan
Mersing Laguna bernilai RM22 bilion dibatalkan berikutan kegagalan
pemaju projek mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada
25 Februari lepas.
Menurut Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda sentiasa mengawasi kemajuan projek itu dan memastikan ia dijalankan dengan sempurna.
"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar RM200 juta. Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.
"Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," menurut Sultan Johor yang bertitah pada majlis hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing di sini Sabtu.
Sultan Johor bertitah baginda sendiri merasmikan majlis pecah tanah projek mega itu pada 14 April lepas.
Pemaju bagi projek Mersing Laguna itu merupakan syarikat tempatan, Radiant Starfish Development Berhad.
Projek Mersing Laguna yang akan meletakkan Mersing di dalam peta pelancongan dunia itu membabitkan pembinaan 22 hotel dan resort, marina, taman tema air dan pusat membeli-belah.
Ia juga melibatkan usaha tambakan laut bagi mewujudkan tiga pulau buatan manusia. Fasa pertama projek itu dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun.
Sultan Johor menasihatkan kerajaan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima dan menilai cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.
Negeri Johor titah baginda sememangnya sedang pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada mana-mana pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata.
"Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," menurut baginda.
Setiap apa yang berlaku menurut Sultan Johor, akan diperhatikan baginda bagi menjamin pembangunan yang dibuat itu benar-benar berjaya dan memberi faedah kepada rakyat dan negeri Johor. - BERNAMA
Artikel-artikel yang lepas tentang Mersing Laguna..( klik di sini )

No comments:
Post a Comment