Lokasi :
Pantai di bahagian utara bandar Mersing
Mercu tanda berhampiran:
Pantai Tanjung
Jeti LKIM
Kedai-kedai produk laut paling terkenal
Tapak Pasar Jumaat
Warung Pak Senin
Restoran Brother Joe
Restoren Dee Beach
Restoren Lalang
Restoren Green House
Nota :
Tiga atau empat tahun lalu yang lalu , Pantai Sri Lalang mendapat wajah baru apabila di sepanjang pantainya taman permainan, lorong pejalan kaki dan pondok-pondok rehat dibina. Walaupun tidak jauh dari pusat bandar, penduduk bandar Mersing masih kurang ke pantai ini . Mungkin mereka lebih tertarik ke taman bandar yang lebih banyak kemudahannya
Sebaliknya, semua mercu tanda berhampiran yang dinyatakan di atas semakin ramai dikunjungi lebih-lebih lagi jalan raya tepi pantai Mersing ini sudah dinaik-taraf sehingga ke Pantai Penyabung Endau..Seperti semakin dipinggirkan, pantai ini semakin semak-samun, alat permainan yang terlalu usang dan pokok2 yang terlalu merimbun walaupun ada sedikit kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan yang agak minimun dilakukan.
Keindahan semulajadi Pantai Sri Lalang..
Sepi..
Bangunan pusat aktiviti JKK Sri Lalang..Mereka sedang giat melakukan aktiviti jualan semasa kunjungan tadi
Jalan ke pantai yang penuh dengan semak. Sampah-sarap memenuhi sepanjang pantai..Tidak seperti Pantai Taman Bandar yang pantainya sentiasa dibersihkan dari masa ke semasa..Kelihatan Pulau Setindan. Jika air surut, pengunjung boleh berjalan kaki ke sana
Peralatan permainan yang sudah usang dan rosak
Pantai ini berada di tepi jalan utama pantai yang sudah dinaik-taraf. Kini menjadi antara laluan utama di Mersing. Di kiri-kanan jalan dalam foto ini dipenuhi gerai setiap petang Jumaat hingga sebelum Isyak..
warung keropok yang sangat popular pada hari-hari bekerja
No comments:
Post a Comment