Perutusan penting sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ( MESTI BACA)..
Saja2
meluahkan pandangan tentang isu mengaitkan kerjasama dgn Cina,
pelaksanaan hukum Islam dan pengurusan negara yang adil..Semua parti ada
buat silap yg lepas . Orang Melayu dn Cina sgt erat hubungan semasa
British tetapi atas dasar pecah n perintah orang melayu dilantik mjadi
polis jepun dan orang cina merasa teraniaya kerana ramai disiksa dan
dibunuh oleh jepun. Mereka membalasnya semasa komunis. Dendam perkauman
tidak habis2. Politik perkauman membawa kemuncak dgn cabar-mencabar yg
membawa 13Mei. Tun Razak memperbaikinya dgn DEB agar semua dpt
kesamarataan ekonomi. Namun kita dpt menilai sendiri adakah kemiskinan
Melayu benar2 dicapai dari segi pemilikan harta atau segolongan shj yg
memperolehinya. Dari segi pelaksanaan pemerintahan Islam yg adil yg lbh
universal tanpa perkauman mybbkan Pas ditubuhkan. Serangan2 yg dahsyat
shingga penghinaan kpd Al Quran dan Sunnah dilakukan oleh parti2 yg rasa
terancam tmasuk umno dan dap. Pas pula bertindak agak 'keras' pd masa
lalu dgn kata2 yg menghiris perasaan orang melayu yg masih jahil atas
konsep pemerintahan islam. Masa berlalu,maklumat makin pantas dan
terbuka. Rakyat Malaysia inginkan pemerintahan yg cekap,amanah dan adil.
Orang islam dah mula sedar keindahan hukum ciptaan Allah. Orang cina
pun dah nampak betapa pentingnya keadilan ekonomi agar perniagaan mereka
mdapt sokongan majoriti orang melayu. Jika ekonomi diuruskan dgn baik
dan telus,ekonomi negara berkembang dan orang melayu lbh ramai
berkemampuan memakmurkan ekonomi mereka. Skrg masa semua parti
memperbaiki kesilapan lalu. Umno sudah mula mnerima hukum islam. Pas
pula mlaksanakan kerjasama dgn parti bukan melayu dan liberal. Dap pula
lbh memahami islam dan mahukan negara berkebajikan dan myerah sbhagian
besar kerusi parlimen kpd calon melayu. Sejak 5 tahun lalu, Pas,PKR dan
Dap sudah diberi peluang utk menjadi pengurus harta dan kebajikan rakyat
di 4 negeri. Begitu juga BN diberi peluang oleh rakyat utk melakukan
transformasi. Sekarang tibalah masa rakyat memilih yg terbaik.
Seandainya tewas, parti yg terbabit sebenarnya mendapat peluang utk
memperbaiki & memurnikan diri masing..Yg penting rakyat diberi
peluang mendengar tawaran kedua-dua belah pihak, menilai serta memilih.
Dalam negara demokrasi berperlembagaan, rakyat sentiasa menang kerana
mendapat pemimpin yg terbaik untuk menguruskan negara. Selepas PRU mari
kita bersatu kembali sebagai satu umat , bangsa dan negara. Selepas ni
kita cerita pasal memancing, pelancongan, kenduri , bola dll..Ini
pendapat peribadi. Maaf andai bertentangan pendapat. Wallahua'lam
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing
No comments:
Post a Comment