Sumber : Facebook Page
Hubungan Baginda Shaikh Sayyid Hussein Jamadil Al-Kubra dengan Shaikh Thanauddin Jamadil Al-Kubra
Rentetan Syed Hussein Jamadilkubra
WALI 7 Baginda Sheikh Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan
Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu
Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan
Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah
Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun
1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak
murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan
Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota
Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi
dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja
Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama
'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam
ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok
Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik)
merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan
anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik
kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah
(anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan
diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan
nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri
kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di
gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang
kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas
sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit
Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di
sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja
sekitar tahun 1400.
Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau
merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik
seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan
Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui
Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui
Sungai Kelantan yang luas itu.
Inilah perkampungan Wali Songo
dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru,
sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok
Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik
Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Beliau adalah tokoh yang
terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN
oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah kesultanan Kelantan.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah
bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan
merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul
sebelum ke Jawa.
zuriat YM Syed Hussein JamadiKubra ibn Syeikh Ahmad Jalal
"Sesiapa yang menentang AhlulBait bererti Kekafiran" ......
Whoever, opposed AhlulBait that means they are kafir.......(Hadith Rasulullah SAW)
Mahu mengenal AhlulBait wajib tahu sejarah AhlulBait dahulu dan adab-adab dengan AhlulBait .
To know AhlulBait, first of all we should know the history of AhlulBait and their custom
(sila rujuk Kitab Keutamaan Keluarga Rasullulah SAW keluaran Klang Book Store. Sdn. Bhd.)
(Pls refer to the book of the importyance of Rasulullah s.a.w. family published by Klang Bookstore. Sdn. Bhd.)
Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu;
Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.
The Malay’s king is Ahlulbait. To know AhlulBait you should know the
Malay’s king and to know the Malay’s king we should first know the
Malays.
Raja-Raja Melayu adalah AhlulBait (zuriat Rasulullah
SAW) yang berbeza dengan 'keturunan' lain kerana mereka tidak boleh
memakan wang zakat, sedekah atau apa-apa pemberian kecuali ditukarkan
niatnya kepada 'HADIAH'. Apabila AhlulBait yang menjadi Raja
(Penaung-Payung Negara), Insyaallah maka akan aman sentosalah negeri
itu. Tidak ada bala bencana seperti Tsunami, penyakit berjangkit seperti
Chikigunya, selsema Babi atau sebagainya selagi Raja itu masih
berpegang pada prinsip-prinsip AhlulBait sentiasa berpegang dengan
AlQuran dan menjadi pemerentah yang adil dan bertaqwa kepada Allah.
Malay’s king is ahlulBait (the ancestors from Rasulullaqh s.a.w.) which
is different from any other descendent because they could not received
any of the zakat’s money, alms or any other donation except they change
their wish or intention to ‘GIFTS’. When AhlulBait became the King
(under the country’s shelter) InsyaAllah, the country will be in good
condition, peaceful and harmony. No disasters, such as tsunami,
spreading diseases, such as chikigunya, H1N1 or others till the King
still using the AhlulBait principles that is they still using Al Quran
and govern the country in good justice and taqwa to Allah.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim
(AHLULBAIT) dan keluarga Imran MELEBIHI di atas orang-orang di dalam
alam; Mereka itu SATU KETURUNAN (Ahluilbait), setengahnya anak dari yang
lain: dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(alImran 3:33-34)
God did choose Adam and Noah, the family of Abraham(AhlulBait), and the
family of ‘Imran above all people. Offspring, one of the other; and god
heareth and knoweth all things. (Ali Imran verse 33-34)
Kemudian Kami 'wahyu'-kan kepada kamu:"Ikutlah agama Ibrahim,
sesungguhnya ia bukan daripada orang-orang yang musyrik." (an Nahl
16:123)
Thus have We placed leaders in every town, its wicked
men, to plot (burrow) therein; but they only plot against their own
souls, and they perceive it not. (An nahl verse 123)
AhlulBAit
Nusantara adalah berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed
Hussein JamadiKubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan
(selatan India) (titihan dari syaidina Hussein as bi Ali KWJ), yang
belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai 'misi dakwah pada sekitar 1300M,
yang mana di masa itu , di sebelah barat, Salahuddin AlAyubi
(khalifahtul'mukmin) sedang berusaha menakluk Palastine dari tangan
Yahudi.
YM Syed Hussein JamadilKubra belayar bersama dengan
enam orang adik-beradiknya yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan
di bumi kelahirannya, Deccan, kerana YM Syed Hussein JamadilKubra
mempunyai 14 orang adik-beradik.Beliau merupaknan abang yang sulong dan
kerana itulah keturunannya diberi dengan pangkal nama 'LONG' pada eranya
yang bererti 'SULONG' atau anak yang sulong.
YM Syed Hussein
JamadilKubra juga dikenali dengan nama 'WALI TUJUH' di kalangan
masyarakat Kelantan dan Nusantara sampai sekarang ini.Daripada titihan
bagindalah lahirnya zuriat keturunan Kesultanan AhlulBait Nusantara atau
'Raja-Raja Melayu'.
Sebelum sempat mendarat di bumi berkat
Tanah Melayu, YM. Syed Hussein JamadilKubra dan saudara-saudaranya telah
diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang
mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga YM baginda Syed Hussein
JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh
berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan
mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid)jika mereka terselamat dari
bencana karam itu.Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba
terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul (rujuk buku
Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar
Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa
sekawan 'ikan kekacang' @ kekacang fish', telah datang menolong dengan
menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air
di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu
sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat,
Kelantan.
Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein
JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat
bersama-sama yang lain.
Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada
penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di
situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam
lagi.
Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari
Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM
Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh
'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein
JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh
Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.Memandangkan angkatan YM Syed
Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai
diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein
JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu
lantaran laparnya.
Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan
rebung buluh Betong itu,YM Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan
mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi
memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.
Sesiapa yang
melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal
atau hilang ingatan. Sengaja YM Syed Hussein JamadilKubra mewasiatkan
dua perkara itu supaya dapat dikenal akan keturunanya dan supaya
anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di dalam sesuatu perkara
dan jangan bermain-main dengan 'WASIAT' atau amanah. bagai tanda
menghormati dan menghargai 'pertolongan' yang telah diberi oleh Allah
melaui ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.Realiti daripada
peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid
Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke
Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.
Setelah siap
dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersma tujuh saydaranya
belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang
dip[anggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai
Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau
itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian
dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk'
(ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba
bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang
bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah
menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.
Bumi yang malamnya
gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan
menakjubkan. Hal ini menuimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu
mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku.
Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk
setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke
puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah
'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari
angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk
satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah
keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai
sekarang ini.
Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, YM
Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di
Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan negeri Kelantan' yang baru
'disucikan' oleh YM Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang
berkat, aman dan berdaulat.
Kemudian beliau dan beberapa orang
lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat
orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah
melahirkan empat dinasti kesultanan AhlulBait yang utama di Nusantara
ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan
Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).
Beliau
kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah
lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala
adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang
AdiPutera' merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam
sejarah itu.
(Sila rujuk Perpustakaan Awam Kelantan.