PROJEK UTAMA MASA DEPAN MERSING
=================================
Masalah utama pembangunan
ekonomi orang Mersing sekarang
ialah KEKURANGAN KUASA BELI
Buatlah kedai atau pasar banyak-banyak
tetapi SUNYI
Perniagaan akhirnya tutup
dan anak-anak Mersing terpaksa
'lari' daerah-daerah lain
PUNCA UTAMA ialah KURANG PENGUNJUNG
KE MERSING iaitu :
-Pelancong
-Peniaga
-Agensi swasta membuat function
-Anak-anak Mersing di luar sendiri
kurang berulang-alik ke sini
Syarat utama kedatangan mereka
ialah
Kerajaan Pusat perlu menyediakan
1. Lebuh raya Kluang-Mersing
2. Laluan baru + jambatan
utk penyuraian trafik di pusat bandar
Kerajaan negeri perlu
1. Tingkatkan prasarana bekalan air
2. Pembukaan bandar satelit & sekolah baru
3. Mempromosi keindahan semulajadi Mersing
Majlis Daerah perlu
1. Menaik-taraf pantai dari Tanjung ke Air Papan
2. Menaik-taraf stesen bas utk menerima kedatangan
penumpang 24 jam
3. Menghiasi kwsan Water Front Bandar Pinggir Sungai
utk kedatangan pengunjung siang-malam
4. Membina medan ikan bakar dan makanan laut
sepanjang pantai Sri Lalang ke Tenglu Laut
Agensi Pelancongan perlu
1. Mempromosi pantai & lokasi pelancongan
khusus utk Mersing ( tidak hanya pulau-pulau)
Inilah syarat utk kemajuan Mersing pd masa depan.
Lebih ramai pengunjung dari Pantai Barat
Lebih banyak pekerjaan utk anak Mersing
Lebih mudah orang Mersing berhubung dgn dunia luar
untuk urusan hidup
Kita perlu fokus isu ini ketika perbincangan dgn YB, Agensi
dan Kerajaan Pusat.
Kurangkan politik. Lebihkan Logik & Saintifik
demi generasi Mersing gemilang
Sekian. Terima kasih Admin
Wakil keyboard warrior Mersing
No comments:
Post a Comment