Temerluh ni diisytihar sebagai Bandar Ikan Patin. Ramai penduduk negeri-negeri lain terutama di kawasan pantai tidak menggemari ikan air tawar seperti ikan air patin. Bagi kami penduduk asal sepabjang Sg Pahang ianya tak menjadi masalah kerana petua menyiang dan resepi masakan khas membolehkan rasa masakan ikan patin amat enak. Jadi tak hairanlah peminat Ikan Patin Temerluh datang sejauh Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata ketagihan resipi orang sini. Antara semua masakan ikan patin di Pahang, resipi penduduk Jerantut paling enak. Kebetulan ibu mertua berasal dari Pulau Tawar, Jerantut. Masakan beliau menyebabkan keluarga dari KL dan Kuantan sanggup datang untuk menikmatinya.
Kalau singgah di restoren yang ada menjual masakan ikan ini sama ada di bandar atau di tepi lebuh raya eloklah bertanya harga sepotong ikan ini. Sepotong ikan patin asli berharga RM40-70 siap dimasak. Jika ikan patin sangkar sungai Pahang, harganya sekitar RM3 sepotong. Ikan patin sangkar yang masih hidup banyak dijual di pasar atau di tepi jalan. Bagi saya hampir tak ada beza rasa antara 'ori' dan sangkar. Masa kecil-kecil dulu ikan patin asli senang diperolehi. Yang pentingnya petua dan resipi memasak mestilah istimewa. Pilihlah restoren terbaik !!
Foto di atas ini adalah pemandangan dalam Restoren Azhar. Terkenal dengan nasi lemak yang sangat enak dan rasa yang cukup berbeza. Sudah berniaga sejak lebih 40 tahun lalu. Kisah restoren inisering terpapar dalam akhbar Berita Harian pada tahun 70an dan 80an. Ramai juga orang-orang KL sejauh 120km datang ke sini untuk menikmati nasi lemak Azhar.Esok nak shopping pakaian dan aksesori di sini kerana lebih banyak pilihan serta ada 'sales'. Selamat bercuti semua..

1 comment:
Sempat juga memerhati panorama MRSM Bentong ketika melalui LPT Kuantan-KL baru-baru ini. Memang cantik. Tak berani pulak nak berhenti mengambil foto kerana suasana lebuhraya walau pun ketika itu tak sibuk.
Post a Comment